Isu masa schedule perlawanan

February 6, 2011 3 By admin
Semasa Manchester United berkunjung ke Malaysia dalam siri jelajah pra-musim mereka pada tahun 2009, Sir Alex ferguson berkata, “Masa terbaik perlawanan diadakan adalah di mana semua orang dapat hadir tak kira umur, lokasi serta aspek keselamatan dan perbelanjaan kos perlawanan dapat di minimakan.”

Komen peribadi saya tentang isu ini amat mudah.

Siang atau malam?

Tiada masalah langsung jika diadakan di sebelah petang tapi pastikan ia adalah hari SABTU dan bukan Jumaat jam 4:15 petang.FAM perlu peka yang tengok perlawanan bola kat Sarawak ini bukan golongan pencen sahaja tetapi juga melibatkan pekerja sektor government & swasta yang rata-rata habis kerja jam 5.00 petang.. (Unless FAM bagi cut half price ok kot.. =p  )
Sebelum ini pun pasukan Sarawak main malam tapi attendance still tak begitu mengalakkan (sejak era Capt Gulzar sehingga zaman kemelesatan bola Sarawak tak samai 5,000 orang hadir). Saya berpendapat FAS lebih bijak dalam soal menimakan kos penggunaan lampu limpah untuk perlawanan di malam hari. 
Dari segi keselamatan pula, penonton lebih prefer bermain di siang hari kerana lampu limpah parking kereta tak berfungsi di malam hari, pencuri suka gelap-gelap macam ni.. 
Selain itu, jika bermain di siang hari mudah untuk bawa seisi keluarga menonton perlawanan bola (sebagai alternatif  hiburan di weekend).. Tak timbul soal mengantuk or sudah jauh malam hari.. 
My last point why advantage main hari SABTU di siang hari adalah tidak clash dengan perlawanan EPL. Bukan bermaksud untuk kata EPL lebih best or apa.. Tapi hakikatnya memang macam ni pun. 
Cadangan penulis kepada FAS:
Untuk isu ini sebenarnya perkara kedua yang perlu dititikberatkan. Perkara pokok yang perlu di pandang serius adalah mutu permainan dan prestati keputusan perlawanan Sarawak itu sendiri. Buatlah malam hari seperti biasa tapi mutu permainan membosankan, keputusan perlawanan yang asyik kalah serta tidak konsisten langsung tidak akan membantu dari segi jumlah penonton yang datang.. 
Kita lupakan zaman Alan Vest stadium Negeri yang sentiasa penuh.. Jam 6 Petang tiket semua dah sold out.. 
Lihat saja tahun 1997-2001 bermain di stadium baru.. Permainan Sarawak masih menarik dan among the top team dalam liga, penonton tetap datang! Paling kurang 10,000 orang. Memori saya masih ingat separuh akhir Piala FA Sarawak menentang Kelantan JKR pada tahun 2001, Stadium Sarawak bergema dengan sokongan padu daripada 38,000 orang penonton! Inilah kali pertama dan terakhir stadium Sarawak penuh dengan penonton melibatkan perlawanan Sarawak.

Skuad Final FA Cup 2001

Mungkin anda terlupa untuk perlawanan separuh akhir ini begitu hangat.. Pusingan pertama diadakan di Kelantan, Sarawak seri 4-4 dengan JKR Kelantan.. Gol Sarawak di jaringkan oleh Dahlan Matussin, Ramos Sari (2 Gol) & Ali Sapiee.. Perlawanan ini begitu hangat dengan aksi terjahan dan insiden pergaduhan..
Di sebabkan begitu hangatnya perlawanan pertama ini, media Sarawak telah mencanang semangat pasukan Sarawak. Penonton teruja dan bingkas tampil menonton perlawanan separuh akhir kedua yang menjadi rekod sehingga ke hari ini 38,000 orang.. Semua ini tidak sia-sia apabila Sarawak berjaya melangkah ke final Piala FA 2001 apabila membelasah JKR Kelantan dengan 4-0 hasil jaringan Ramles Sari (2 Gol), Halim Jantan & Effendi Sugandi.. Sayang kita kalah 1-0 kepada Selangor di Bukit Jalil.. fuhh… semangat..

Sekadar Cadangan =)

Seperkara lagi yang perlu di take note adalah dari segi promosi perlawanan.. Seharusnya notice board jadual perlawanan liga dibuat semula di bulatan petrajaya. Engkah jak sia tarikh main bila, jam berapa.. Paling kurang/jaik pun dapat tarik 1,000 penonton.. Simple one.. 


Ne ndak pagi, petang jalan jem turun nait kerja.. At least orang rami tauk ada match Sarawak di hari ya.. 
Bah ya jak dolok aritok.. esok update gik =)