Sarawak meneruskan rentak cemerlang menewaskan Penang SDM Navy 3-0

Sarawak telah berjaya meneruskan rekod cemerlang di permulaan musim 2011 apabila mencatatkan kemenangan selesa 3-0 ke atas Penang SDM Navy. Gol-gol telah dijaringkan oleh Zamri Morshidi min ke-7 & Bobby Gonzales min-44 & min-90 (2 gol).
Tiada banyak pertukaran dilakukan oleh Sheikh Zaki.. Hanya Azizan Saperi diturunkan replace Asri Chu Chu di sayap kiri setelah dikeluarkan pada separuh masa pertama. Di bahagian pertahanan menampilkan Shamsul Fahmie (GK), Fareez Tukijo, Hairol Mokhtar, Shahrizam Mohamad, Maswandi Zakaria, Asri Chu Chu (Dzulazlan), Syaiful Sabtu, Wong Sai Kong (Hairol Ghaddafi), Azizan Saperi, Zamri Morshidi & Bobby Gonzales..

Jentera serangan Sarawak sekali lagi membuktikan betapa mereka sangat berbisa di depan pintu gol. Setakat ini Bobby Gonzales yang juga bekas penyerang U-23 Malaysia telah menjaringkan 4 gol daripada 3 perlawanan. Susuk badannya yang berbadan tegap serta kelebihan menggunakan kedua-dua belah kaki mengingatkan kita kepada Safee ‘Supermokh’ Sali yang pernah berkelana di Sarawak sebelum ini.

Permainan pasukan Sarawak amat teratur di separuh masa pertama dan kapten pasukan, Zamri Morshidi meletakkan pasukan tuan rumah di hadapan hasil pergelutan di depan pintu gol pada minit ke-8. Gol tersebut adalah yang ke-3 daripada 3 perlawanan beliau musim ini.

Pada minit ke-32, Bobby Gonzales hampir menjaringkan goal ala Rooney – Man City pada weekend yang lepas.. Nasib kenak tiang gol mun sik tok la gol tercantik liga Malaysia.

Sepakan gunting dari Bobby Gonzales terkena tiang gol

Sejurus sebelum tamat separuh masa pertama Sarawak memperoleh tendangan sudut yang di ambil oleh Azizan Saperi. Tendangan beliau telah ditanduk oleh Wong Sai Kong, bola jatuh tepat ke kaki Bobby yang menendang kencang di depan pintu gol… 2-0 untuk Sarawak..
Pada separuh masa kedua tidak banyak gerakan dilakukan mungkin disebabkan cuaca panas terik. Apa yang menggusarkan penonton tuan rumah adalah aksi ‘yoyo’ daripada penjaga gol.. Ada ka patut terpak bol sik di tangkap kemas eventough sik ada opponent closing. One more is gerakan ‘lambat’ nya hampir-hampir menghukum dirik pun apabila clearance nya sik jauh.. Nasib player SDM Navy lembab juak nak take advantage. 
Akhirnya gol yang ketiga muncul jua di minit-minit terakhir perlawanan apabila gerakan tiga serangkai Shahrol Saperi – Zamri Morshidi – Bobby Gonzales menghasilkan jaringan. Assist back heel daripada Zamri Morshidi berjaya me’release’ Bobby daripada perangkap offsaid, tendangan kaki kirinya dengan kelajuan 10km/jam cukup untuk menewaskan penjaga gol lawan… (slow jak bol ya tergolek).. GOLLLLLL 3-0

Credit  aiok99 | photography

Tamat perlawanan Sarawak menang mudah 3-0.. My man of the match is player no 23 Mohd Syaiful Sabtu (midfielder).. Nang rajin nya tok.. Nyawa ikan kelik! 

Next Match!

Piala FA
19 Februari 2011
Sarawak vs ATM
Stadium Selayang

Ex Sarawak U-14 right winger. I stopped playing football because I’d done as much as I could. I needed something which was going to excite me as much as football had excited me.

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *