Full Time: Sarawak ngencang Pos Malaysia 5-1

Stadium Selayang – Sarawak meneruskan rekod cemerlang 100% kemenangan di gelanggang lawan apabila membelasah Pos Malaysia 5-1.. Kemenangan terbesar season 2011 ini.. 

Sarawak mendahului 4-1 pada separuh masa pertama. Gol pertama Sarawak dijaringkan oleh left back Mazwandi Zakaria pada minit ke-23. Gol tersebut menerusi sepakan percuma seperti goal Ryan Giggs kata Lariwoo Junior..

Pos Malaysia menyamakan kedudukan 1-1 selang 5 minit kemudian hasil jaringan Rosdi Shamsudin. Sarawak tidak berputus asa dan kembali mendahului juga 5 minit kemudian hasil jaringan Wong Sai Kong juga menrusi free kick ala Cristiano Ronaldo.. 

Sarawak terus mengasak dan beroleh gol ketiga menerusi jaringan penyerang sensasi Bobby Gonzales assist daripada Wong Sai Kong pada minit ke-41.. 

Selera Sarawak semakin besar apabila Bobby Gonzales sekali lagi meledak gol kedua nya untuk perlawanan ini juga hasil gerakan daripada Wong Sai Kong pada minit ke-44.. Tamat separuh masa pertama Sarawak mendahului 4-1.. 

Pada separuh masa kedua pasukan Sarawak melakukan pertukaran pemain apabila memasukkan Shahrol Saperi dan menggantikan dengan Wong Sai Kong. Perlawanan banyak berlegar di tengah padang dengan Sarawak bermain secara biasa untuk mengelakkan kecederaan di samping mengekalkan kedudukan semasa. 

Akhirnya Sarawak berjaya jua menjaringkan gol ke-5 perlawanan hasil tandukan deras ala Zlatan Ibrahimovic hasil jaringan Khairol Adzhar Edros pada minit ke-90..

Kemenangan ini telah membuktikan pasukan Sarawak telah melupakan kekalahan mereka kepada pasukan ATM di Piala FA minggu lepas. Kemenangan besar ini juga membuktikan jentera serangan Sarawak sangat berbisa dengan ayam tambatannya Bobby Gonzales meledak 2 gol.. 

Selain itu juga Sarawak juga telah menemui pakar sepakan percuma melalui Mazwandi Zakaria. Ini adalah jaringan ke-2 beliau musim ini dengan kedua-dua nya melalui sepakan percuma. Gol pertama beliau ketika menentang pasukan Pulau Pinang pada perlawanan pertama… 

Man of the match: Bobby Gonzales!!



Lineup 1st Eleven:
Aidil Mohamad (GK) – Yahhooooo.. keeper berat sik main
Hairol Mokhtar
Wong Sai Kong
Fareez Tukijo
Zamri Morshidi (C)
Asri Chu Chu
Azizan Saperi
Shahrizam Mohamad
Syaiful Sabtu
Bobby Gonzales
Mazwandi Zakaria

Ex Sarawak U-14 right winger. I stopped playing football because I’d done as much as I could. I needed something which was going to excite me as much as football had excited me.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *