Preview Match: Pos Malaysia vs Sarawak

February 25, 2011 0 By admin

Lupakan episod duka apabila tewas seawal pusingan pertama 0-2 kepada Angkatan Tentera Malaysia. Kita balik kepada matlamat asal perjuangan season ini untuk kembali layak ke Liga Super. Mungkin kekalahan pada tempoh hari ada hikmahnya dengan Coach Zaki dapat mengenal pasti beberapa kelemahan serta kekurangan dalam skuad Sarawak.

Berdasarkan statistik rekod pertemuan sebelum ini kedua-dua pasukan telah bertemu sebanyak 2 kali iaitu pada musim lepas. Rekod menunjukkan kekuatan kedua-dua pasukan adalah seimbang. Pada perlawanan pertama Pos Malaysia mengalahkan Sarawak dengan jaringan 3:2 dan pada perlawanan kedua Sarawak menewaskan Pos Malaysia dengan jaringan 3:1..

Pada perlawanan pertama Puvaneswaran meledak hatrik manakala jaringan pasukan Sarawak oleh
Sahran Abdul Samad dan Abg Mohamad Za’afar.
 
 Pada perlawanan kedua pada 23 April 2010, Sarawak telah mencatat kemenangan hasil jaringan Zamri Morshidi (35,73), Azian Saperi (69).
Head to Head
 
Date Home Away Competition
Apr 23, 2010       Sarawak 3 : 1     POS Malaysia   Premier League
Apr 19, 2010     POS Malaysia 3 : 2     Sarawak  Premier League

Man to Watch

POS MALAYSIA – Pada perlawanan yang pertama Puvaneswaran telah menjaringkan hatrik sekaligus membawa kemenangan 3-2 ke atas Sarawak.

SARAWAK – Meletakkan sandaran kepada gandingan penyerang Bobby Gonzales & Zamri Morshidi. Diharap kedua-dua pemain ini tidak mensia-siakan peluang yang terhidang petang ini.

My Prediction:

Sarawak menang 2-1