Selamat Tinggal Pahang, Selamat Datang Awang Import, Young Lions

Pisang tak berbuah dua kali. Kali ini Pahang benar-benar tersingkir ke Liga Perdana

Usaha menyelamatkan pasukan ‘diraja’, Pahang, daripada tersingkir ke saingan Liga Perdana musim depan akhirnya gagal apabila Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengumumkan format pertandingan Liga Super musim depan kekal dengan 14 pasukan sepertimana sedia ada.

Ini bermakna, PAHANG yang menghuni tangga ke-13 Liga Super musim ini akan beraksi buat pertama kalinya dalam saingan kelas kedua liga tempatan bersama-sama PERLIS, manakala PKNS SELANGOR dan SARAWAK beroleh tiket automatic ke saingan elit.
Apapun, keputusan FAM ini sekali lagi bukan keputusan jangka panjang, apabila Timbalan Presiden FAM, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah memberi isyarat awal bahawa format ini hanya untuk musim 2012, manakala untuk 2013, format pertandingan mungkin diubah kepada 10 atau 12 pasukan bergantung kepada keputusan mesyuarat.
Dalam perkembangan lain, mesyuarat pada Selasa turut memutuskan untuk membenarkan semula pengambilan pemain import bermula musim 2012 – HANYA 2 pemain setiap pasukan, dan HANYA pasukan yang berkemampuan serta kukuh dari segi KEWANGAN dibenarkan berbuat demikian.
SYARAT KELAYAKAN PEMAIN IMPORT :
ASEAN                  : Mestilah merupakan pemain kebangsaan negara berkenaan.
Asia (AFC)             : Divisyen 1
UEFA, CONMEBOL, CONCACAF, ETC : Divisyen 2 ke atas
Turut berlangsung di Wisma FAM, Majlis Tandatangan Perjanjian Kerjasama Bolasepak antara FAM, dan Persatuan Bolasepak Singapura (FAS). Antara yang dipersetujui menerusi perjanjian ini :

1) Skuad Harimau Muda A akan beraksi di Liga Singapura bermula musim depan, manakala sebagai EXCHANGE skuad YOUNG LIONS akan beraksi dalam saingan Liga Super.

2) Pertandingan Juara lwn Juara (ala-ala Piala Sultan Selangor), di mana Juara Liga Super akan menentang Juara Liga Singapura, dan Juara Piala Malaysia akan menentang Juara Piala Singapura.

3) Mengadakan seberapa banyak perlawanan persahabatan, membabitkan skuad junior (u-23) dan senior kebangsaan.

Ex Sarawak U-14 right winger. I stopped playing football because I’d done as much as I could. I needed something which was going to excite me as much as football had excited me.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *