Previu: Sabah, Sarawak clash in Borneo Derby!


Kali terakhir kedua-dua pasukan bertemu dalam official match adalah 7 tahun yang lepas iaitu pada tahun 2004. Pada zaman kegemilangan yang lepas, kedua-dua pasukan ini merupakan pasukan yang paling degil untuk ditewaskan. 
Jika di imbas kembali ketika zaman Scott Olleranshaw, Henry Anjun dan Matlan Marjan – Sabah memiliki jentera serangan yang paling ampuh. Pada ketika itu juga Sarawak apa kurangnya dengan memiliki John Hunter, David Evans, Dahlan Matussin & Shamsurin Abdul Rahman. 
Rekod kali terakhir kedua-dua pasukan bertembung
Di atas kertas Sabah memiliki kelebihan bermain di gelanggang sendiri. Dengan kehadiran dua pemain import iaitu Brendan Gan dan Michael Baird yang pernah bermain di Liga Australia sebelum ini. 
Berdasarkan perlawanan yang lepas pasukan Sabah tewas 0-2 kepada Felda United. Kurang bernasib baik apabila 3 gol pasukan Sabah tidak diterima kerana kedudukan “offside”.. 
Melalui pemerhatian komen dari bloggers yang lain pada perlawanan menentang Felda United, Sabah menguasai perlawanan dengan strategi permainan yang pantas dan hantaran pendek. Hantaran banyak tertumpu kepada Michael Baird manakala Brendan Gan gemar melakukan rembatan dari jarak jauh.
Tidak sah jika saya tidak menyebut tentang kehadiran bekas penyerang Sarawak iaitu Bobby Gonzales yang bergandingan dengan Michael Baird  seperti kita sedia maklum mempunyai penyudah yang tajam.
Statistik HOME GAME pasukan Sabah. Mereka bukanlah kebal di kandang sendiri 
Pada perlawanan persahabatan King of Borneo yang lepas, Sarawak telah menewaskan Sabah 1-0 di Stadium Negeri. 
Guy Bwele beraksi cemerlang menentang Sabah pada pra-musim King of Borneo Cup
MAN TO WATCH: Sarawak’s Guy Bwele (right) is challenged by a Kuala Lumpur player during their match at the State Stadium on Tuesday. Cameroonian Bwele has been singled out by Sabah coah as the most potent player in Sarawak’s arsenal. — Photo by Chimon Upon

Kedudukan Liga Super 2012
Pemain Sarawak sedar bahawa perlawanan ini sangat penting dalam usaha menarik kembali sokongan penyokong. Jika Sarawak seri atau menang pada perlawanan ini maka confirmed stadium akan penuh pada 17 Januari 2012 menentang Terengganu nanti.! Come on Sarawak!
Shoot sampei bisak net tiang gol Sabah!

My Prediction :
Sarawak menang 2-0
Bagaimana pula dengan anda?

Ex Sarawak U-14 right winger. I stopped playing football because I’d done as much as I could. I needed something which was going to excite me as much as football had excited me.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *