Poor Finishing.. Sarawak tewas 0-1 kepada Terengganu

January 18, 2012 0 By admin
  1. Perlawanan malam tadi adalah antara yang terbaik saya pernah saksikan sepanjang tempoh 4 tahun ini.
  2. Jika dibandingkan prestasi pasukan Terengganu dengan Sarawak adalah umpama langit dan bumi.
  3. Terengganu merupakan salah sebuah pasukan paling konsisten di Liga Malaysia dengan menjadi Juara Piala FA 2010, naib juara Piala Malaysia & naib juara Liga Super.
  4. Akan tetapi perlawanan malam tadi menunjukkan sebaliknya. Sepanjang tempoh perlawanan Sarawak menguasai perlawanan dengan melakukan serangan bertali arus.
  5. Terengganu cuma mampu bertahan dan segala serangan mudah dipatahkan oleh barisan pertahanan diketuai oleh Hairol Mokhtar & Yosri Dermajoo.
  6. Zamri Morshidi direhatkan dari kesebelasan utama bagi memberi ruang kepada Ravindran yang telah berjaya mendapat tempat sebagai penyerang utama.
  7. Separuh masa pertama, Sarawak mempunyai begitu banyak peluang.
  8. Antaranya K. Rajan – 2 (Dua) kali satu lawan satu dengan Sharbinee (GK) akan tetapi sepakan melambung tinggi.
  9. Rasyid Aya – 2 (Dua) kali satu lawan satu dengan Sharbinee (GK) akan tetapi sepakan mudah lemah diselamatkan.
  10. Hairol Mokhtar free header melalui sepakan sudut tetapi ditepis keluar oleh Sharbinee.
  11. Terengganu melakukan serangan balas solo Fronkey berjaya menewaskan 3 pemain pertahan Sarawak dan merembat masuk menewaskan Saiful Amar (GK)
  12. Di separuh masa kedua – Hasil sepakan sudut, keadaan kelam kabut di depan gol. Azizan Baba membuat tendangan terkena tangan pertahanan Terengganu. Referee kata play on! No penalty!
  13. Zamri Morshidi masuk menggantikan K. Rajan. Tak sampai 5 minit, serangan dari kanan cross dari Fareez Tukijo di sambut oleh ZM7. Scissor kick ditepis lagi oleh Sharbinee (GK)
  14. Pada minit ke-70 cross daripada Rasyid Aya menemui Asri Chu Chu, beliau sepatutnya membuat first timer tetapi crossing ke tengah – Tiada striker di situ.
Perlawanan kedua-dua pasukan agak panas apabila lebih 10,000 penyokong tidak puas hati dengan tindakan pengadil perlawanan, Mohd Nazmi Nassaruddin.

Kekalahan ini yang kedua buat Sarawak selepas tewas 1-2 kepada Sabah di Likas, Sabtu lalu.

Back to reality, pasukan Sarawak improve a lot! Serangan lebih tersusun serta jentera pertahanan lebih kukuh. Sayangnya, ketiadaan penyerang yang benar-benar berbisa.

[youtube http://www.youtube.com/watch?v=wNEvL-4cu7w]

Jika Safee Sali dapat di ikat menyertai Sarawak it is much better. Tiada ruginya membuat tindakan berani offer gaji yang tinggi. Beliau adalah penyerang berkaliber, isteri orang Sarawak, penyudah yang terbukti berkesan.
Impaknya adalah dari segi jersey sales, ticket laris, coverage dari media tempatan.
Hakikatnya management FAS perlu bertindak pantas. Coach Robert albert telah membuat apa yang termampu.