Piala FA : Robert Alberts Hormati Kelantan

February 16, 2012 0 By admin
Pasukan Ngap Sayot, Sarawak dijangka akan menghadapi laluan yang sukar pada saingan Piala FA 2012  menentang pasukan gergasi, Kelantan pada pusingan pertama SABTU ini.
Perlawanan yang dijangka akan dilangsungkan di Kota Bharu itu akan menyaksikan pertemuan di antara dua jurulatih asing iaitu Robert Alberts sebagai ketua jurulatih Sarawak, dan Peter Butler yang kembali memegang portfolio ketua jurulatih pasukan Kelantan buat kali kedua.
Mengulas mengenai perlawanan ini, jurulatih pasukan Sarawak, Robert Alberts kelihatan tenang dan mengambil langkah bijak dengan tidak ingin bercakap tentang sasaran pasukan pada saingan kali ini, sebaliknya lebih berminat untuk fokus terhadap perlawanan pusingan pertama yang akan dihadapi pasukan Sarawak.
Beliau dipetik berkata,”Bagi saya, ini adalah perkara biasa. Kita semua tahu tentang reputasi Kelantan sebagai salah sebuah pasukan terkuat di Malaysia. Jadi, sekiranya kita mampu menewaskan mereka pada perlawanan pusingan pertama ini, saya yakin pasukan Sarawak mempunyai peluang yang cerah untuk mara setapak ke hadapan. Kita lihat dulu apakah keputusan yang akan diperoleh daripada perlawanan yang pertama ini, sebelum kita bercakap mengenai peluang pasukan Sarawak.”
Berdasarkan prestasi semasa, pasukan Sarawak sudah mula menemui rentak konsisten dengan core player menampakkan persefahaman sepanjang 3 perlawanan terakhir dan pada perlawanan lepas Sarawak membenam Johor FC di gelanggang lawan.

Bagi pasukan Kelantan pula mereka dikejutkan oleh pasukan Selangor 2-1 di Bukit Jalil.

Diharap agar pemain pasukan Sarawak dapat fokus dalam perlawanan ini untuk mencapai keputusan terbaik!

Pemenang daripada perlawanan di antara Kelantan menentang Sarawak ini akan berjumpa dengan pemenang daripada perlawanan di antara Kuala Lumpur dan MP Muar, pada pusingan kedua.
p/s: Ada live di RTM1 jam 8:45 malam! Embak semua dak menakan berambeh ke rumah diat bol! =)