Bryan Nickson Lomas lakar sejarah

February 22, 2012 0 By admin

Off topic:


Bryan Nickson Lomas
Bryan Nickson Lomas

BUKAN mudah untuk layak ke Olimpik. Namun Bryan Nickson Lomas membuktikan kehebatannya dengan melakar sejarah sebagai atlet pertama negara meraih tiga tiket ke temasya berprestij dunia itu, awal pagi semalam.
Bryan bersama rakan segandingan, Huang Qiang kini menggenggam satu lagi tiket ke Olimpik menerusi acara 3 meter papan anjal seirama selepas cemerlang memenangi pingat gangsa dengan catatan 432.09 mata di saingan Piala Dunia Fina di London.
Kedua-dua jaguh terjun negara itu tewas tipis di belakang Russia, Evgeny Kuznetsov dan Illya Zackarov yang mencatat 439.83 bagi pingat perak manakala China selaku pendahulu menerusi gandingan Qin Kai dan Lou Yutong, 445.71 meraih emas.

“Pertama kali bergandingan dengan Huang Qiang, kami berjaya melakukannya dengan bagus. Saya amat puas hati dengan prestasi di final dan kejayaan ini satu permulaan yang baik buat semua atlet terjun negara yang bersaing di London.
“Kini, kami lebih bersemangat memburu lebih banyak kejayaan dan menempa nama di London serta di mata dunia,” kata Bryan yang biasanya bergandingan dengan Yeoh Ken Nee sebelum ini.
Berikutan kemenangan Bryan dan Huang Qiang itu, skuad terjun kini mengumpul enam tiket keseluruhan ke Olimpik setakat ini.
innity_country = “MY”; innity_client = “72”; innity_zone = “591”; innity_channel = “”; innity_keyword = “”;
Selain kejayaan semalam, Bryan sebelum ini meraih dua tiket ke London dalam acara 3m papan anjal dan 10m platform individu bersama dua lagi penerjun, Ken Nee 3m papan anjal individu serta Pandelela Rinong (10m platform individu) di kejohanan Piala Dunia Shanghai, tahun lalu.
Setiausaha Kehormat Kesatuan Renang Amatur Malaysia (Asum), Edwin Chong berkata, pihaknya bangga dengan kejayaan Bryan yang melakar sejarah selaku atlet pertama negara meraih tiga tiket ke Olimpik.
innity_country = “MY”; innity_client = “72”; innity_zone = “604”; innity_channel = “”; innity_keyword = “”;
“Kami amat bangga dengan kemenangan Bryan, bukan mudah mencapai tahap ini dan dia melakar sejarah buat Malaysia. Bryan dan Huang bekerja keras untuk saingan Piala Dunia ini sejak dua bulan lalu.
“Oleh itu, mereka berdua layak meraikan kejayaan membanggakan ini. Kemenangan dua atlet di hari pertama kejohanan mampu menaikkan lagi semangat penerjun lain terutama muka baru untuk beraksi lebih hebat di sini (London),” katanya selepas tamat final acara 3m papan anjal seirama lelaki, kira-kira jam 6 pagi waktu Malaysia, semalam.
Sementara itu, ratu terjun negara, Pandelela Rinong bersama Traisy Vivien Tukiet layak ke separuh akhir acara 10m platform individu dan final yang dijangka berakhir jam 3 pagi tadi.