Ashri Chu Chu cipta sejarah!

March 12, 2012 0 By admin
Kata-kata semangat dari rakyat Sarawak
Ashri bakal beraksi dalam kesebelasan utama menentang Syria
Ashri Chu Chu mencipta sejarah dalam sukan bolasepak Sarawak apabila dipilih mewakili negara dalam saingan kelayakan Olimpik.
Kejayaan ini sekaligus menempa nama Ashri sebaris dengan legend seperti Affendi Julaihi, Bobby Pian, Ibrahim Mentali, Gilbert Cassidy Gawing dan Ramos Sari.
Semoga peluang keemasan ini dapat digunakan sebaik mungkin untuk menempatkan diri dalam skuad senior negara!