Match Preview: Kedah vs Sarawak

April 11, 2012 5 By admin

Salam sejahtera semua,

Insya allah pada hari Jumaat ini pasukan Sarawak akan menentang Kedah di gelanggang lawan.. 
Berdasarkan kepada 5 perlawanan terakhir, kedua-dua pasukan telah mencatatkan 2 kemenangan, 1 seri & 2 kekalahan. Jadi peluang untuk memenangi perlawanan adalah seimbang.. 
Pada perlawanan sebelum ini Kedah tumpas 0-2 di tangan PKNS manakala seperti kita sedia maklum Sarawak terikat 1-1 dengan Kelantan. 
Di laman sendiri Kedah agak konsisten dengan memenangi kedua-dua perlawanan menentang Selangor & Perak. Kebangkitan pemain import mereka iaitu Hamidan & Khyril Muhymeen perlu di ambil perhatian oleh pertahanan Sarawak yang diketuai oleh Yosri Dermajoo.. 

Berdasarkan rekod, pertahanan pasukan Kedah tidak begitu konsisten dengan beza jaringan gol dan bolos adalah -6. Rangkaian serangan Sarawak harus mengambil kesempatan di atas prestasi yoyo penjaga gol Kedah iaitu Mohd Helmi Eliza. 
Kelemahan utama pasukan Kedah adalah aksi tidak konsisten penjaga gol mereka
Bagi pasukan Sarawak pula kita akan bakal beraksi tanpa 2 tonggak utama yang mengalami kecederaan di bahagian paha iaitu Rasyid Aya & K. Rajan. 

Berita baik pula adalah kapten pasukan Mohd Hairol Mokhtar & K. Ravi sudah mula menjalani latihan ringan setelah pulih dari kecederaan. 

Azizan Baba pula telah pulih sepenuhnya dan telah beraksi 10 minit terakhir menentang Kelantan pada hari Sabtu yang lepas dan bakal diturunkan di dalam kesebelasan utama Jumaat ini.

Sarawak dijangka menggunakan taktik 4-5-1 menentang Sang Kenari dengan beberapa perubahan kecil dilakukan oleh Robert Albert.. 

My Prediction: Sarawak menang 2-0


p/s: Link Radio Streamline -> Kedah.fm


Apa pula pendapat kitak orang yang lain??