Previu Quarter Final: Sime Darby vs Sarawak

September 25, 2013 0 By admin
Suku akhir pertama: Sime Darby vs Sarawak

Assalamualaikum & salam sejahtera,

Posting tok tentang previu perlawanan penting melibatkan 2 pasukan yang telah layak ke liga Super tahun depan iaitu Sime Darby & Sarawak.
Di atas kertas sudah pasti Sarawak mempunyai kelebihan selepas menamatkan saingan dalam peringkat kumpulan dengan jaringan yang besar ke atas Perak.

Berdasarkan rekod pertemuan sebelum tok, empat kali dah bertemu sama dirik:

10.05.2013 PL Sarawak FA 1-0 Sime Darby
21.01.2013 PL Sime Darby 0-0 Sarawak FA
06.05.2011 PL Sime Darby 1-1 Sarawak FA
11.03.2011 PL Sarawak FA 0-2 Sime Darby

Dari empat pertemuan, peluang kedua-dua pasukan adalah seimbang. Kali terakhir perlawanan pada saingan Liga Perdana 2013 di mana pasukan Ngap Sayot mengalahkan Sime Darby dengan jaringan 1-0 di Stadium Negeri, Kuching.

Pada waktu itu, pasukan Sarawak telah berjaya menamatkan rekod tanpa kalah Sime Darby sepanjang perlawanan liga sebelum itu & sekaligus membangkitkan semangat juang pemain dan akhirnya berjaya merangkul Piala Liga Perdana 2013. 

Saingan peringkat kumpulan Sime Darby

  • Pasukan Sime Darby sangat cemerlang dalam peringkat group. Sidak ngalah team ATM 3-4 di stadium lawan & mengalahkan Selangor 3-0 di laman sendiri. Keupayaan mengalahkan pasukan ‘gergasi’ liga Super perlu di ambil perhatian oleh semua pemain Sarawak agar jangan overconfident. 
  • Pemain paling bahaya dalam pasukan ini semestinya penyerang berbisa mereka iaitu Karlo Primorac yang telah menghasilkan 4 goal dalam saingan Piala Malaysia. Beliau juga merupakan pemenang kasut emas Liga Perdana 2013 dengan menghasilkan sebanyak 24 gol! Bekas pemain Croatia bawah 21 tahun ini perlu di ikat mena-mena agar sik mempunyai peluang langsung untuk menghasilkan gol.
Karlo Primorac dikawal ketat oleh barisan pertahanan semasa saingan Liga Perdana 2013. Pada perlawanan ini Sarawak mengalahkan Sime Darby dengan jaringan 1-0

Bagi pasukan Sarawak pula, kekuatan mereka adalah pada keseimbangan kesebelasan pemain & sokongan penyokong yang begitu padu. Makin kuat disorak makin jadi olah pemain Sarawak. 

Apa yang kita harapkan adalah agar pemain bertenang ketika menghadapi perlawanan. Target adalah untuk mendapat advantage away goal. Mun menang ya adalah satu bonos. Dikhabarkan juak kali tok match tok bakal dihadiri oleh ribuan anak Sarawak & Sabah yang bakal mengegar Stadium Senyalang, Kuala Lumpur Sabtu tok. Jangan lupak datang pakei baju merah embak bendera Sarawak!
Ada LIVE kah sik? Belum ada hitam putih confirmation. Dah check dalam Astro & Jadual Rancangan TV1 belum ada clear cut madah match tok bakal ada LIVE. Harapan kita semestinya ada LIVE nak. 
Barisan kemungkinan:
  1. Sani Anuar Kamsani (GK)
  2. Mafry Balang
  3. Ramesh Lai
  4. Hairol Mokhtar
  5. Ronny Harun
  6. Joseph Kalang Tie (c)
  7. Zamri Morshidi
  8. Guy Bwele
  9. Junior Eldstal
  10. Bobby Gonzales
  11. Muamer Salibasic

Bah, mun ktk orang nak merik kata-kata ucapan semangat dengan player Sarawak silakan di ruangan komen atau Like Fan Page website tok di link tok: FB PAGE