Big Screen Pahang vs Sarawak aktiviti oleh BINDIV (Bintulu Division)

October 22, 2013 2 By admin
Artikel khas untuk admin Shoot Sampei Bisak Net Tiang Gol Ya!
Lokasi: Dewan Suarah Bintulu
Event Date: 19.10.2013 8pm-11pm

haji Muhamad Yakup Bin Kari, Residen Bintulu

Sempena perlawanan separuh akhir Piala Malaysia di antara Pahang dengan Sarawak, pihak kami, Bindiv mengambil inisiatif berjumpa dengan Tuan Residen Bintulu, Hj Muhamad Yakup Bin Kari. Pihak kami mengusulkan untuk diadakan satu big screen besar diadakan di Bintulu. Selepas meeting dengan Tuan Residen, Bindiv dan Tuan Residen bersetuju menjadikan Dewan Suarah sebagai lokasi Big Screen tersebut.

Selepas mendapat kerjasama kuat dari pihak Pentadbiran Bahagian Bintulu termasuk Ahli Parlimen Bintulu, Datuk Seri Tiong King Sing, pihak Bindiv membuat persiapan sewajarnya. Beberapa hari sebelum perlawanan tersebut, pasukan chanting Bindiv telah berlatih bersungguh-sungguh. Amat mengagumkan sekali pada hari terakhir training, seramai lebih kurang 100 ahli chanting Bindiv, ber ‘chanting’ menyokong pasukan Sarawak di Parkcity Mall Bintulu pada 18.10.2013. Dipimpin oleh lebih kurang 10 orang drumline.

Bila tiba hari perlawanan ‘awayday’, pihak Bindiv turut menjual baju Bindiv dan sambutan amat di luar dugaan. Baju tersebut laris sehingga ramai yang kempunan.

Bermula jam 8pm, pasukan ‘chanting’ memulakan warcry dan sorakan. Orang awam Bintulu turut terpesona melalui respon yang kami dapat dalam media sosial seperti facebook. Banner besar Bindiv turut terpasang di Dewan Suarah. Dua buah Big Screen sudah dipasang, walaupun pada awalnya merancang tiga buah, oleh kerana terdaat juga pihak lain buat Big Sreen di Bintulu. Pergh, orang Bintulu memang footbal mania. orang ramai telah mula memenuhi padang C Dewan Suarah bermula jam 6:30pm lagi.

Tayangan video oleh pihak Bindiv dipasang yang memuatkan temuramah dengan lagenda ngap sayot tahun 1980 an dan 90 an, saudara Zapri Manai dan Dahlan Matussin. Saudara Jalil Rambli tidak dapat ditemuramah kerana beliau berada di Ibu negara.

photo 1

photo 2

 

 

photo 3

Dato’ Tiong King Sing

Sekurang-kurangnya 5000 orang yang hadir pada malam tersebut. Tayangan bermula jam 8:45pm mendapat sorakan gemuruh dari penonton yang hadir. Turut dihadiri oleh gabungan pasukan penyokong Sarawak yang lain di Bintulu iaitu Brigade Bintulu.

Walaupun mendapat keputusan yang tidak memihak kepada kita, tapi semangat penonton yang teruja turut sama berchanting. Sarawak kalah 1st leg di Pahang 3-1. Tak apa, kita ada 90 min lagi di Kuching. Untuk pengetahuan semua, sekali lagi Big Screen akan dibuat di Dewan Suarah Bintulu pada 26.10.13.

Boleh dikatakan program sulung kami pihak Bindiv di Bintulu amat berjaya. Likers di page facebook kami Bindiv Sarawak Supporter melonjak naik dari 500 ke 1500 dalam masa seminggu.

Semoga Bindiv dan pasukan Sarawak terus cemerlang dan berjaya di masa akan datang.

Facebook page rasmi Bindiv : https://www.facebook.com/pages/Bindiv-Sarawak-Supporter/242432279170281

youtube : Pre match video Bindiv

http://www.youtube.com/watch?v=veQ9CgyXUP4&feature=youtube_gdata_player

video chanting di Parkcity Mall

http://www.youtube.com/watch?v=fhXEQiwXzv4&feature=youtube_gdata_player

http://www.youtube.com/watch?v=YzNcLy_-W5Q&feature=youtube_gdata_player

Jurucakap Bindiv
-Arman Ahmadi