50 Sarawak’s Greatest Players: Affendi Julaihi

October 24, 2013 0 By admin

AFFENDI JULAIHI

 

“Aku dolok rizep no 14. Ko ney ada turun stadium diat nya main!” 

Sampei mcm ya sekali zaman kegemilangan bolasepak Sarawak. Masih teringat agik masa ya bersekolah rendah di St Joseph, Kuching. Asal masa interclass pun tournament main bol. “Star Player” kelas masing-masing mesti makei salah satu daripada tiga nombor tok. Mun sik no 9, no 14 ataupun no 10. Sebab apa? Idola sidak makei no jersi tok:

  1. Shamsurin Abd Rahman – No 9
  2. Affendi Julaihi – No 14
  3. John Hunter – No 10

Walaupun main sik gine-gine, opponent kelas lain gentar juak diat no dipakei. Lebih-lebih gik mun makei no 14 confirm dalam otak defender kawan masa ya madah : “Nya tok mesti lajuuu berekot!” .. Kotan.. Haha.. 

Sejarah 

Affendi Julaihi merupakan fenomena sukan bolasepak Sarawak pada masa ya. Kemuncak kegemilangannya sehinggakan digosipkan dengan penyanyi top Asia Bagus iaitu Amy Mastura.. Mun sik cayak part tok sila bertanyak dengan makcik-makcik kitak orang berumur sekitar 40-an.. Hehe..

Sejarah nya bermain bolasepak sangat unik. Asal usul nya bukan pemain bol tapi seorang pelari pecut 100 meter. Nang laju kata sidak.. Jadi secara ringkasnya apabila diarahkan untuk mewakili sekolah St Joseph dalam permainan bolasepak, kepantasan nya menjadi senjata UTAMA dalam strategi coach masa ya..

Apabila dipilih sebagai kesebelasan utama kendalian Alan Vest, sinar nya mula hangat diperkatakan. Macam-macam nama gelaran antaranya lipas kudung, speedy gonzales, road runner dan sebagainya.

Seingat saya beliau juga pernah menumbangkan tiang gol lawan ketika perlawanan menentang Cambodia pada perlawanan antarabangsa satu ketika dahulu. Brake sik makan katanya. Selepas itu juga,  Affendi Julaihi juga dikhabarkan mendapat tawaran untuk bermain di kelab Hungary mun sik silap Rapid Warsaw selepas terpukau dengan kepantasan beliau serta driblling skill yang efektif..

Beliau juga merupakan pemain Sarawak pertama yang berhijrah untuk bermain di semenanjung Malaysia dengan mewakili Negeri Sembilan dan Kelantan. Pernah mencatatkan kontroversi pada tahun 1999 apabila sebelum decide sign kontrak dengan Kelantan, terlebih dahulu pasukan Kedah (dibawah bimbingan Robert Albert) telah menyediakan segala-galanya untuk beliau termasuk kereta, rumah dan sebagainya. Tapi beliau pilih Kelantan atas tujuan untuk belajar agama.

Janji palsu Affendi Julaihi

RUMAH sudah disediakan, kereta sudah dicari, malah gaji sudah dipersetujui, namun Affendi Julaihi memilih untuk tidak mengotakan janji.

Sikap tidak profesional bekas pemain Negeri Sembilan ini jelas mengecewakan Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) yang telah menyediakan hampir kesemuanya untuk menyambut kedatangan pemain ini.

Pengurus pasukan Kedah, Datuk Mohd. Shariff Abu Samah ternyata terkejut dengan tindakan Affendi yang dikatakan memilih Kelantan kerana sebelum ini, bekas penyerang kebangsaan ini telah bersetuju menyertai Kenari.

Malah namanya diletak dalam senarai teratas pemain-pemain yang menandatangani kontrak dengan KFA kelmarin, walaupun dia tidak dapat hadir di saat akhir kerana dikatakan menghadapi masalah kesihatan.

Ekoran itu, KFA telah menetapkan hari dan waktu yang sesuai bagi pemain itu untuk menandatangani kontrak bersama pasukan Jelapang Padi.

Shariff yang jelas terkilan dengan tindakan yang menjejaskan imej KFA menyifatkan Affendi sebagai pemain yang ”cakap tidak serupa bikin”.

Beliau yang dihubungi di Alor Setar semalam berkata, Affendi sebelum ini telah mengadakan beberapa perbincangan dengan KFA berhubung perpindahannya dari Negeri Sembilan.

”Affendi berjumpa dengan saya dua kali dan bersetuju secara lisan untuk beraksi dengan Kedah sebelum surat tawaran dikeluarkan kepada pemain itu,” katanya.

Shariff mengulas kenyataan Affendi semalam yang akan mewakili Kelantan selepas kontrak bersama Negeri Sembilan berakhir hujung tahun lalu.

Pemain yang berasal dari Sarawak itu turut menafikan spekulasi perpindahannya ke Kedah sambil menjelaskan belum membuat perbincangan lanjut bersama Kedah berhubung perpindahan itu.

Shariff terkilan juga kecewa kerana KFA dijadikan sebagai batu loncatan buat Affendi untuk menerima tawaran Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) selepas mengetahui bayaran yang lebih lumayan berbanding KFA.

Menurutnya, dalam pertemuan yang diadakan dengan Affendi itu, pemain itu bersetuju dengan jumlah gaji yang ditawarkan dan KFA juga bersetuju untuk menyediakan pelbagai kemudahan termasuk rumah untuknya dan kedua-dua ibu bapanya.

”KFA juga telah mengenal pasti beberapa pusat pengajian agama di sekitar negeri ini bagi memenuhi hasrat pemain itu untuk mendalami ajaran agama,” jelasnya.

Menurut Shariff, tindakan Affendi itu dikatakan telah melanggari syarat yang diputuskan dalam mesyuarat setiausaha-setiausaha eksekutif dan kehormat persatuan-persatuan bola sepak negeri, baru-baru ini.

Katanya, mesyuarat itu memutuskan setiap pemain perlu menyelesaikan rundingan dengan sesebuah persatuan bola sepak negeri sebelum berunding dengan persatuan bola sepak yang lain.

”Kita tidak menyalahkan KAFA dalam hal ini kerana mungkin KAFA tidak tahu menahu tentang perjanjian Affendi dengan Kedah,” katanya.

Berikutan tindakan Affendi itu, Shariff rela membiarkan Affendi bermain untuk Kelantan kerana sikap itu hanya akan memburukkan reputasi Kedah sebagai antara pasukan terbaik negara ini.

NS yakin selesaikan soal yuran

PERSATUAN Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS) yakin menyelesaikan masalah yuran perpindahan dengan Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) bagi membolehkan penyerang lincah Affendi Julaihi mewakili Negeri Sembilan, SHAZALI HUSSAIN melaporkan.

Setiausaha Kehormat, Abdullah Sani Abdul Hamid berkata, PBNS telah pun menerima dan telah pun membalas semula surat kepada FAS mengenai yuran perpindahan itu.

”Saya telah pun membalas surat FAS dan mengemukakan cadangan yang sepatutnya bagi tujuan membayar yuran perpindahaan seperti yang dituntut,” katanya.

Abdullah Sani berkata demikian apabila diminta mengulas kenyataan Setiausaha Agung FAS, Abang Zainuddin Abang Abd. Rahman yang mengatakan Affendi hanya boleh menandatangani kontrak dengan PBNS setelah yuran perpindahannya dijelaskan.

”Oleh itu saya harap Affendi tidak ada masalah lagi untuk datang ke Seremban kerana yuran perpindahan akan diselesaikan seberapa segera,” ujarnya.

Sehubungan itu Abdullah Sani memberitahu, skuad Rusa sekali lagi akan menguji seorang lagi pemain import dari Hungary untuk mengisi posisi pertahanan.

Katanya, pemain itu dijangka tiba di Seremban sehari sebelum Negeri Sembilan menentang Terengganu dalam perlawanan persahabatan pada 22 Februari ini.

Sebelum ini, PBNS juga turut menguji pemain dari Hungary, Laszlo Gubucz bagaimanapun terpaksa melupakan khidmatnya kerana beberapa faktor.

N. Sembilan ikat Affendi dua tahun

PERSATUAN Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS) merakamkan penghargaan terhadap Persatuan Bola Sepak Sarawak (PBS) yang dianggap bertindak secara profesional dalam menguruskan perpindahan pemain serangannya Affendi Julaihi ke skuad rusa, lapor MEOR HARMAN MEOR SHAKRI.

Setiausaha Kehormat PBNS, Abdullah Sani Abdul Hamid berkata, beliau percaya kehadiran pemain lincah dari bumi kenyalang itu dapat membentuk gandingan yang lebih mantap bersama Scott Ollerenshaw apabila kedua-duanya berada di atas padang.

Katanya, bagi menguji kombinasi pemain, skuad Rusa akan bertandang ke negara jiran Singapura untuk menyertai jemputan kejohanan empat penjuru yang bermula dari 1 hingga 8 Mac ini.

Menurutnya, pihak persatuan sehingga kini masih belum dapat menilai kemampuan sebenar skuad yang dibentuk untuk musim ini melainkan mengukurnya selepas kejohanan di Singapura.

”Jurulatih M. Karathu sendiri masih lagi berusaha mencuba gandingan pemain baru dan lama tetapi berdasarkan persembahan skuad Rusa pada perlawanan persahabatan dengan beberapa negeri sebelum ini…saya berpuashati,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada para pemberita selepas menyaksikan satu majlis ringkas menandatangani perjanjian kontrak PBNS selama dua tahun dengan pemain import Gus Cerro dan Affendi semusim lagi untuk jurulatih Karathu.

Abdullah berkata, selain kejohanan jemputan di Singapura, skuad Rusa juga akan mengaturkan perlawanan persahabatan dengan beberapa skuad negeri lain khususnya di sebelah Utara.

Katanya, perlawanan persahabatan itu perlu sebagai persiapan awal sebelum kejohanan liga bermula pada April ini.

Sementara itu, ditanya mengenai nasib bekas pemain pertahanan Hungary, Joszef Duro bersama skuad Rusa, menurut Abdullah, pemain itu masih lagi dalam peringkat ujian.

Dalam pada itu, Affendi yang ditemui selepas majlis perjanjian kontrak itu berkata, penghijrahan beliau ke Negeri Sembilan merupakan kali pertama selepas tujuh tahun bersama Sarawak.

Beliau berazam untuk bermain dengan baik dan berusaha untuk membantu skuad Rusa untuk memenangi kejohanan pada musim ini selepas membantu bumi kenyalang memenangi beberapa piala kejohanan yang sama sebelum ini.

Affendi Julaihi mewakili Malaysia menentang Flamengo All Stars

 

1996: Mitchell memeriksa keadaan Affendi Julaihi
(Sarawak) selepas kedua-duanya bertembung
dalam perebutan bola di udara.

Tidak lama kemudian

1996: Isteri Mitchell, Adele, memeriksa hidung suaminya
yang retak sewaktu pertemuan dengan Sarawak.

Pemain yang paling banyak dikasari adalah Affendi Julaihi..

LET ME THROUGH…Affendi (centre) closely marked by two Perlis defenders during the match. The Sarawak striker got the equaliser in the second half but the Crocs couldn’t maintain the momentum and suffered a humiliating 1-3 defeat in front of their fans.

Affendi Julaihi.