[Panas]: Joseph Kalang Tie digantung lima perlawanan!

[Panas]: Joseph Kalang Tie digantung lima perlawanan!

November 4, 2015 0 By admin

Selain Joseph Kalang Tie, seorang pegawai FAS turut dikenakan hukuman.

12196288_1047358115317120_3842599564820285197_n

JKT digantung 5 perlawanan dan tidak akan bermain malam ini.

Tindakan pemain pasukan Sarawak, Joseph Kalang Tie menyerang pemain pasukan Perak semasa perlawanan Piala Malaysia 2015 antara pasukan Sarawak menentang pasukan Perak di Stadium Negeri, Kuching pada 17 Oktober 2015.

Pemain, Joseph Kalang Tie telah didapati bersalah kerana melanggar ‘Artikel 50.1 (d) Kod Tatatertib FAM2015’ berkenaan ‘Menyerang pihak lawan atau individu selain daripada pegawai perlawanan’ dibaca bersama dengan ‘Artikel 18 para 4 Kod Tatatertib FAM 2015’ berkenaan ‘Perintah keluar padang’ dan dikenakan hukuman berikut:

i. Digantung daripada bermain untuk lima (5) perlawanan termasuk satu penggantungan perlawanan secara automatik seperti berikut:

a) Perlawanan Piala Malaysia 2015, Sarawak lawan Johor Darul Ta’zim pada 24 Oktober 2015 di Stadium Negeri, Kuching (penggantungan perlawanan secara automatik);

b) Perlawanan Piala Malaysia 2015, ATM lawan Sarawak pada 4 November 2015 di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi;

c) Perlawanan Piala Malaysia 2015, Johor Darul Ta’zim lawan Sarawak pada 21 November 2015 di Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos, Larkin; dan

d) Baki dua (2) lagi penggantungan adalah dibawa ke perlawanan rasmi pertama dan kedua yang seterusnya bagi Pemain selepas perlawanan terakhir di atas.

ii. Didenda sebanyak RM1,500.00.

iii. Pemain diberi amaran keras dan hukuman yang lebih berat akan dikenakan jika mengulangi kesalahan yang sama.

Sumber: FAM via Sarawak Football