[Transfer News]: Nama-nama besar bakal meyarung jersi Sarawak musim depan?

[Transfer News]: Nama-nama besar bakal meyarung jersi Sarawak musim depan?

November 4, 2015 0 By admin

Desas-desus kehadiran agen pemain kebangsaan di Kuching semalam telah mencetuskan persoalan siapakah bakal menyarung jersi Sarawak dan ingin dimiliki oleh Datuk K Rajagopal.

Dari sumber risikan kami memaklumkan bahawa persetujuan telah pun dicapai dengan hanya tinggal proses menandatangani kontrak untuk musim depan. Difahamkan juga bahawa tempoh kontrak adalah selama dua tahun.

Antara yang dikaitkan dengan perpindahan ke Sarawak ialah:

  1. Ahmad Fakri Shaarani
  2. Wan Zack Haikal
  3. Wan Zaharulnizam (kecik)
  4. Fakhrulrazi (Sime Darby)
  5. Amirulhadi (JDT)

Wan Zack Haikal merupakan pemain yang versatil bermain di bahagian sayap. Beliau juga mempunyai kelebihan sebagai free kick specialist.

Ahmad Fakri Shaarani mempunyai susuk badan yang tegap dan tinggi. Turut mempunyai kelebihan dari segi kepantasan larian dan juga boleh bermain di pelbagai posisi.