[Sarawak’s Greatest Players]: Affendi Julaihi

“Aku dolok rizep no 14. Aku berekot laju gik dari kawu!” 

Sampei macam ya sekali zaman kegemilangan bolasepak Sarawak. Masih teringat agik masa ya bersekolah rendah di St Joseph, Kuching. Asal masa interclass pun tournament main bol. “Star Player” kelas masing-masing mesti makei salah satu daripada tiga nombor tok. Mun sik no 9, no 14 ataupun no 10. Sebab apa? Idola sidak makei no jersi tok:

  1. Shamsurin Abd Rahman – No 9
  2. Affendi Julaihi – No 14
  3. John Hunter – No 10
Kredit: Johari Yop

Walaupun main sik gine-gine, opponent kelas lain gentar juak diat no dipakei. Lebih-lebih gik mun makei no 14 confirm dalam otak defender kawan masa ya madah : “Nya tok mesti lajuuu berekot!” .. Kotan.. Haha..

affendi-julaihi

Sejarah 

Sejarah Affendi Julaihi bermain bolasepak sangat unik. Asal usul nya bukan pemain bola tapi beliau adalah seorang pelari pecut 100 meter. Nang laju kata sidak.. Jadi secara ringkasnya apabila diarahkan untuk mewakili sekolah St Joseph dalam permainan bolasepak, kepantasan nya menjadi senjata UTAMA dalam strategi coach masa ya..

Apabila dipilih sebagai kesebelasan utama kendalian Alan Vest, sinar nya mula hangat diperkatakan. Macam-macam nama gelaran antaranya lipas kudung, speedy gonzales, road runner dan sebagainya.

Seingat saya, beliau juga pernah menumbangkan tiang gol lawan ketika perlawanan menentang Cambodia pada perlawanan antarabangsa satu ketika dahulu. Brake sik makan katanya. Selepas itu,  Affendi Julaihi dikhabarkan mendapat tawaran untuk bermain di kelab Hungary (mun sik silap Rapid Warsaw) selepas terpukau dengan kepantasan beliau serta driblling skill yang efektif sebagai pemain sayap..

Kredit foto: Merahitam

Beliau juga merupakan pemain Sarawak pertama yang berhijrah untuk bermain di semenanjung Malaysia dengan mewakili Negeri Sembilan dan Kelantan. Pernah mencatatkan kontroversi pada tahun 1999 apabila sebelum decide sign kontrak dengan Kelantan, terlebih dahulu pasukan Kedah (dibawah bimbingan Robert Albert) telah menyediakan segala-galanya untuk beliau termasuk kereta, rumah dan sebagainya. Tapi beliau pilih Kelantan atas tujuan untuk belajar agama.

Poster Affendi Julaihi mewakili Malaysia menentang Flamengo All Stars

1996: Mitchell memeriksa keadaan Affendi Julaihi
(Sarawak) selepas kedua-duanya bertembung
dalam perebutan bola di udara.

Tidak lama kemudian

1996: Isteri Mitchell, Adele, memeriksa hidung suaminya
yang retak sewaktu pertemuan dengan Sarawak.

Antara pemain yang paling banyak dikasari adalah Affendi Julaihi..

Affendi Julaihi mewakili Malaysia

 Penulis bersama lagenda Affendi Julaihi

Kini aktif bermain bersama kelab Losso FC

Ex Sarawak U-14 right winger. I stopped playing football because I’d done as much as I could. I needed something which was going to excite me as much as football had excited me.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *