[Sarawak’s Greatest Players]: Mazlan Abdul Wahid

Antara penjaga gol terbaik pernah dimiliki oleh Malaysia selepas Khairul Azman Mohamad. Yang menariknya, kedua-dua mereka bersaing dalam zaman yang sama. Pemain yang berasal dari Melaka ini menambat hati Alan Vest apabila Sarawak mengundang Melaka pada tahun 1991-1992 di Stadium Negeri dalam perlawanan persahabatan.

Picture1

563790_4541450546455_658856670_n

Mazlan Wahid sangat tangkas di gawang gol apabila berdozen cubaan John Hunter dan Jalil Ramli berjaya diselamatkan oleh Mazlan. Dua perlawanan persahabatan di atur dan kedua-dua perlawanan itu membuktikan ketangkasannya bukan kebetulan.

Gayanya tersendiri seperti gaya membaling bola, melayangkan badan ketika menyelamatkan bola, gerak atur kakinya ketika menyepak goalkick sering ditiru oleh goalkeeper kampung, sekolah di Sarawak pada masa kegemilangan Sarawak.

1379235_10202650372407591_93963039_n

Kehebatan beliau dihidu oleh Alan Vest dan tanpa membuang masa FAS terus offer contract dan dipersetujui oleh Mazlan. Jasanya dengan Sarawak bukan sekejap, dari tahun 1992 hingga 2001 – sebanyak 126 penampilan bersama skuad Bujang Senang.

10984134_894183857301214_5051227264534485217_n

Antara pencapaian yang dikecapi adalah memenangi Piala FA 1992, Juara Liga 1997 & Juara Sumbangsih 1998. Antara watak penting mengapa pertahanan Sarawak begitu kebal di barisan pertahanan. Mereka bukan hanya perlu melepasi David Evans & Dahlan Matussin, watak terakhir yang perlu penyerang pada zaman itu adalah Mazlan Wahid.

Pencapaian peribadi yang beliau peroleh bukan sebarangan, ditabalkan oleh Sportwriters Association of Malaysia – Glamoir World of Sports’ 94 Awards dengan anugerah Golden Gloves award!

Kehebatannya dibuktikan dengan dipanggil mewakili Malaysia dibawah kendalian Allan Harris. Namanya terus di ingati oleh penyokong setia Ngap Sayot sepanjang zaman. Ini termasuklah sebagai bidan terjun ketika pusingan kelayakan Piala Dunia 2002 ketika menentang Hong Kong.

1005076_671421829539332_1126243187_n

Kini beliau menabur bakti bersama pasukan negeri kelahirannya iaitu Melaka United sebagai goalkeeper coach. Kita doakan agar beliau bahagia disamping keluarga tercinta & berjaya dalam kerjaya nya kini.

Terima kasih Mazlan Wahid! Ohhaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!

Ex Sarawak U-14 right winger. I stopped playing football because I’d done as much as I could. I needed something which was going to excite me as much as football had excited me.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *