Pemain kacukan Malaysia yang bermain di dalam dan luar negara

Antara Pemain MALAYSIA Yang Bermain Diluar Negara:

1. Junior Eldstal (Putera Nadher Amarhan Maderner)
– Tarikh Lahir : 16 September 1991
– Tempat Lahir : Sabah
– Posisi : Defensive Midfielder
– Beliau bermain di Vauxhall Football League bersama pasukan Slimbridge. Kemudian beliau berpindah ke pasukan Sarawak pada tahun 2013.Emaknya berketurunan Sabah dan ayahnya berketurunan Sweden. Beliau berjaya menyarung jersi Malaysia.

Tam (second from right) presenting his Sagan Tosu JC

2. Tam Sheang Tsung
– Tarikh Lahir : 24 Mei 1995
– Tempat Lahir : Tokyo,Jepun
– Posisi : Midfielder
– Pada usia yang cukup muda beliau yang menetap di Jepun berjaya menarik minat pasukan Shanghai Shenhua untuk memikatnya. Emak dan ayahnya adalah orang Kedah namun beliau dilahirkan di Jepun kerana emak dan ayahnya membuka perniagaan di sana. Jurulatih Harimau Muda A,Ong Kim Swee pernah memanggil beliau untuk menjalani pemilihan tetapi aksinya tidak berjaya memikat hati Ong Kim Swee.Ong Kim Swee turut memberitahu faktor umur menjadi penghalang. Tam sendiri menyifatkan faktor padang dan cuaca menjadi penghalang untuknya menampilkan aksi terbaik.

3. Brendan Gan
– Tarikh Lahir : 3 Jun 1988
– Tempat Lahir : Sutherland Shire,Australia
– Posisi : Attacking Midfielder
– Keluarganya berasal dari Negeri Sembilan tetapi beliau dilahir dan dibesarkan di Australia. Pada 2008 beliau mewakili pasukan Sutherland Sharks kemudian berpindah ke pasukan Sydney FC pada tahun 2009-2011. Kemudian beliau bermain untuk pasukan Bonnryigg White Eagles sebulum pasukan Sabah mengimport beliau dalam Liga Super 2012 dan sekarang beliau bermain untuk pasukan Rockdale City Suns. Pada tahun 2010 namanya terukir dibibir peminat bolasepak tanah air untuk menyarung jersi kebangsaan namun sehingga kini tiada perkembangan lanjut mengenai beliau.

4. Titus James Palani
– Tarikh Lahir : 13 Ogos 1986
– Tempat Lahir : Brickfield,Kuala Lumpur
– Posisi : Penyerang / Midfielder
– Beliau pernah bermain untuk pasukan Nanteuil FC,Villenoy FC dan CS Meaux di Perancis. Beliau yang bermain di kedua-dua posisi menjadi penjaring terbanyak dengan 16 gol untuk pasukan U-18 Villenoy. B.Sathianathan dan Bertalan Bicskie telah memanggil beliau untuk diserapkan kedalam pasukan U-23 untuk kempen Sukan SEA pada 2007 dan 2004. Pada tahun 2010 Titus ada menyatakan hasrat untuk menyarung jersi Harimau Malaya namun sehingga kini tiada pengesahan daripada Ong Kim Swee. Dan kini beliau dikatakan sedang menjalani ujian dengan kelab EPL,Blackburn Rovers.

5. Ariff Zulkiffly
– Tarikh Lahir : 1 May 1993
– Tempat Lahir : Kuala Lumpur
– Posisi : Defender
– Mungkin ada yang mengetahui tentang bekas kapten skuad Bawah-17 Malaysia yang kini sedang menerima tawaran untuk menyertai skuad Division 2 New Zealand, Island Bay United AFC. Pemain yang beraksi di posisi pertahanan itu telah berada di New Zealand sejak 2 bulan lalu. Walaupun Liga bolasepak New Zealand mungkin tidak segah pasukan jiran, Australia namun ia adalah satu usaha yang baik oleh Ariff Zulkifly untuk mencuba nasib di tempat orang.

6. Sean Gan Giannelli
– Tarikh Lahir : 31 Oktober 1996
– Tempat Lahir : Kuala Lumpur
– Posisi : Penyerang
– Ayahnya berdarah Itali manakala emaknya orang Kuala Lumpur. Pemain muda ini telah menyarung jersi pasukan kelab Itali,Atletico Arezzo bawah 17 tahun.Bekas pemain pasukan SSBJ ini pernah menyertai pasukan Malaysia U-14,U-16 dan U-17.B eliau berhasrat ingin menyarung jersi Harimau Malaya. Kini telah diikat kontrak menyertai JDT

7. Wan Kuzain Wan Kamal
– Tarikh Lahir : 14 September 1998
– Tempat Lahir : Malaysia
– Posisi : Penyerang
– Beliau pernah digelar ‘Malaysian Wonder Kid’ kerana permainannya begitu menarik walaupun usianya masih muda.Emaknya kelahiran Amerika manakala ayahnya kelahiran Malaysia dan beliau dilahirkan di Malaysia tetapi membesar di Amerika.Beliau mewakili pasukan kelab di Amerika iaitu SISC/Force di posisi penyerang.

8. Anuar Zaini
– Tarikh Lahir :
– Tempat Lahir : Malaysia
– Posisi: Sayap Kanan
– Bermain untuk pasukan Youth Academy Gateshead FC. Beliau lahir di Malaysia kemudian berpindah ke England seawal usia 7 tahun.Terpilih untuk menyertai pasukan Gateshead FC selepas menjalani pemilihan.

9. Tadashi Takeda
– Tarikh Lahir : 27 Julai 1986
– Tempat Lahir : Penang
– Posisi : Midfielder/Right and Centre Defender
– Pemain berdarah Malaysia-Jepun ini bermain untuk kelab Jepun, Fagiano Okayama di posisi tengah dan defend kanan. Beliau belum mempunyai sebarang caps antarabangsa.

10. Shaun Richard Maloney
– Tarikh lahir : 4 January 1983
– Tempat Lahir : Miri,sarawak
– Posisi : Attacking Midfielder / Winger
– pemain berdarah kacukan Malaysia + Scotland telah pun menbuat penampilan untuk skuad scotland,sekali gus tidak lagi layak untuk mewakili Malaysia

Ex Sarawak U-14 right winger. I stopped playing football because I’d done as much as I could. I needed something which was going to excite me as much as football had excited me.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *