JKT pens a letter to all Ngap Sayot fans

Breaking News:
RASMI – JKT KE TERENGGANU

Pengumuman dibuat tepat 12 tengah malam oleh admin shoot atas permintaan JKT sebagai menghormati kontraknya yg berakhir pada 30/11/2015.

“Kepada seluruh peminat Sarawak inilah keputusan yang amat pedih dan berat untuk saya lakukan demi karier tapi apakan daya keputusan sudah pun saya lakukan untuk berhijrah ke pasukan baru.

Buat peminat di luar, pemain keluar dan masuk adalah perkara biasa di era profesional tapi peminat tetap yang sama dan teguh menyokong lambang kenyalang di dada sebab tanpa penyokong senario bola kita tidak akan meriah.

Berilah sokongan dan doa kepada pemain kita, coach Datuk K Rajagobal, pengurusan dan semua staf FAS. Semoga tuhan memberkati anda semua. Semangat ngap sayot akan sentiasa tersemat dalam diri saya walau di mana pun saya berada.”

Nota: Kami para admin di page Shoot Sampei Bisak ingin mengucapkan ribuan terima kasih dan selamat maju jaya buat Joseph Kalang Tie bersama pasukan baru. Semoga sukses selalu.

Ex Sarawak U-14 right winger. I stopped playing football because I’d done as much as I could. I needed something which was going to excite me as much as football had excited me.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *