HISTORY CHANNEL: PENGIRAN BALA PENJARING GOL TERPANTAS DI MALAYSIA!

HISTORY CHANNEL: PENGIRAN BALA PENJARING GOL TERPANTAS DI MALAYSIA!

December 9, 2015 0 By admin
Bolasepak Sarawak, Pengiran Bala Pemain Bolasepak Sarawak berbangsa Kelabit , sekiranya dia bermain maka “bala” menanti pasukan lawan.
Pemilik Rekod penjaring gol paling pantas iaitu 8 saat selepas perlawanan bermula. Kapten pasukan Sarawak pada era Ngap sayot dibawah kendalian jurulatih Awang Mahyan Awang Mohamad melakukan sejarah ini ketika Sarawak menewaskan Pahang 2-0 pada tahun 1989 ketika saingan Piala Malaysia.

Pengiran merupakan salah seorang jurulatih di Sarawak yang memiliki Lesen A dalam sijil kejurulatihan bersama-sama Abdul Wahet Uji, Mohd Mentali dan Lucas Kallang.

FAS boleh consider otai-otai di atas untuk mengendalikan skuad muda Sarawak secara berkumpulan pada masa akan datang. (Artikel 30.10.2013)

Akhirnya 09/12/2015, hasrat tercapai apabila Coach Pengiran Bala akan membimbing skuad Belia U-19 tahun 2016 sambil dibantu oleh Ibrahim Mentali dan Jahar Nor (jurulatih penjaga gol)