You are here

Analisis Isu Perpindahan Syahrul Azwari ke Sarawak

Menerusi siasatan admin SSB mendapati bahawa:

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Status Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Takiyuddin Hassan, ini kerana mana-mana pemain yang dilepaskan oleh Harimau Muda dan berusia bawah 23 tahun wajib kembali ke pangkuan pasukan negeri mereka berasal. (Link).

Untuk rekod, Syahrul Azwari genap berusia 23 tahun pada 12 January 2016. Sebelum itu mari kita lihat beberapa kes yang hampir sama dan keputusan yang telah dibuat oleh FAM.

12399063_10154796238759572_1199635063_n

Isu pemain lain yang melibatkan kes yang sama:

  1. Mohd Ferris Danial

img_6530

On 12 December 2014 he was announced as a Felda United F.C. new signing, after released from Harimau Muda. Initially Ferris was in a contract dispute between his hometown team Kelantan FA and Felda United and was only resolved in March 2015 by mutual agreement between both teams. This caused him to miss the first three months of the season, finally making his debut with Felda United, as a substitute, on 8 March 2015 against LionsXII in a league match.

Capture

Nota: Ferris memulakan youth career dari Presiden Cup Kelantan.

2. Isu Gary Steven Robbat

garyrobbatwx_2_1_0

Namun dalam isu Gary ini, FAM mengatakan Gary Steven Robbat milik FAM dan memberi kelonggaran untuk beliau menandatangani kontrak dengan pasukan lain sedangkan tiada perbincangan dan surat pelepasan di keluarkan oleh KFA.

Bagaimanapun mesyuarat jawatankuasa FAM yang diadakan petang semalam memutuskan Gary Steven Robbat bersalah dan digantung tiga bulan serta di denda RM50,000 kerana melanggar peraturan FAM mengenai perpindahan pemain.

Beliau di dapati bersalah kerana menandatangani kontrak secara tidak sah bersama JDT pada 21 Nov 2014 sebelum menerima surat pelepasan daripada FAM terlebih dahulu yang dikeluarkan pada 1 Disember 2014.

Selain itu, Gary Steven Robbat tidak dibenarkan menyertai sebarang kejohanan dalam saingan Liga Malaysia dan semua kontrak bersama pasukan JDT dan Pahang yang ditandatangani sebelum ini terbatal.

Gary Steven Robbat juga tidak terikat dengan mana-mana pasukan dan di beri status ejen bebas walaupun pemain itu berasal dari Kedah.

Capture

Kesimpulan admin SSB: Isu Syahrul Azwari lebih mirip kepada kes Gary Steven Robbat, bezanya adalah mungkin beliau telah menerima surat pelepasan daripada FAM terlebih dahulu sebelum menandatangani kontrak dengan Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS).

Ini kerana Syahrul Azwari:

  1. Tidak pernah mewakili kelab atau bermain di bawah Kelantan kerana pada usia remaja beliau mewakili Sekolah Sukan Bukit Jalil dari tahun 2007 hingga 2010 sama seperti Gary Steven Robbart. Berbanding dengan Ferris Danial, beliau mewakili skuad Piala Presiden Kelantan ketika remaja.
  2. Telah menerima surat pelepasan daripada FAM terlebih dahulu sebelum menandatangani kontrak dengan Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS).

Maka kami simpulkan perpindahan beliau ke Sarawak adalah SAH. Diharap agar isu ini dapat selesai dengan aman dan damai.

Capture

920622_1632828680301915_2792245970369492590_o

Ex Sarawak U-14 right winger. I stopped playing football because I’d done as much as I could. I needed something which was going to excite me as much as football had excited me.

Hafizul Hakim

Ex Sarawak U-14 right winger. I stopped playing football because I’d done as much as I could. I needed something which was going to excite me as much as football had excited me.

http://www.shootsampeibisak.com

Leave a Reply

Top