[Lontaran Jauh]: Sarawak memiliki 6 pemain yang memiliki kekuatan lontaran jauh! Siapakah mereka?

[Lontaran Jauh]: Sarawak memiliki 6 pemain yang memiliki kekuatan lontaran jauh! Siapakah mereka?

January 18, 2016 0 By admin

Sarawak amat sinonim dengan gerakan set-pieces menerusi lontaran jauh. Dipelopori oleh Jalil Ramli, ia menjadi weapon yang sangat berkesan ketika di bawah kendalian Alan Vest. Menjadi igauan ngeri buat pasukan lawan kerana dua twin tower yang sangat efektif pada menunggu di dalam kotak penalti iaitu David Evan dan John Hunter.

Kita ikuti pemain Sarawak yang lain turut mempunyai kelebihan kekuatan lontaran jarak jauh ini:

  1. Jalil Ramli

jr

Pernah menghasilkan gol ketika menentang Terengganu menerusi lontaran jauh menewaskan Zubir Ibrahim yang tertampan bola ke dalam gawang sendiri. Setiap kali Sarawak memiliki peluang set piece ini, nama Jalil Ramli bergema di seluruh stadium Negri, Kuching. Kebanyakkannya menghasilkan gol.

2. Dahlan Matussin

dahlan

Gaya lontarannya mempunyai hantaran lebih laju, mirip seperti dilakukan oleh pemain Stoke City iaitu Rory Delap. Menjadi pilihan kedua jika Jalil Ramli tidak berada dalam skuad utama.

3. Irwandy Jampaka (Mayau)

su_07.1

Pemain yang lebih dikenali sebagai Mayau oleh rakan sepasukan. Bermain di posisi bek kanan juga mempunyai kekuatan lontaran jarak jauh. Pada masanya Romeo Kambou sering menjadi target man.

4. Jeffery Untam

JU

Turut mempunyai teknik lontaran seperti Dahlan Matussin akan tetapi pada era beliau, tidak ramai memiliki kelebihan ketinggian kerana ketiadaan pemain import. Sekali-sekala beliau akan membuat long throw jika keadaan memerlukan seperti ketinggalan gol.

5. Mafry Balang

mafry

Pemain berasal dari Sabah ini mengejutkan banyak orang kerana dalam diam beliau turut mempunyai kekuatan tangan melakukan long throw. Akan tetapi kelebihannya banyak dibayangi oleh Ronny Harun selaku pilihan utama untuk membuat long throw.

6. Ronny Harun

ronny harun

Kini pasukan Sarawak masih lagi memiliki pemain yang mempunyai abiliti lontaran jauh. Beliau tidak lain adalah Ronny Harun. Pada musim 2013, Sarawak banyak menghasilkan jaringan menerusi set piece ini dengan adanya pemain tinggi lampai seperti Junior Eldstal. Diharapkan agar Datuk K Rajagobal menyedari betapa Sarawak, mempunyai kelebihan yang tidak ada pada pasukan lain.

Sarawak ketika ini mempunyai Davide Graasi, Gilmar, Hairol Mokhtar yang mempunyai ketinggian untuk mencabar bola hantaran jauh ini.

Ngap Sayot!