[Sarawak’s Top 50 Greatest player]: Zapri Manai

Pihak Shoot Sampei Bisak (SSB) telah berjaya mendapatkan temubual eksklusif dengan pemain sayap kiri terbilang Sarawak iaitu Zapri Manai. Larian deras & accuracy crossing diehard fan Liverpool ini sangat digeruni oleh pihak lawan, manakala komen John Hunter berkenaan dengan Zapri adalah: “His cross is very accurate and make me easy to score goals..”. 

11174819_940310499355216_3581380582546013364_n
Meraikan jaringan gol bersama Affendi Julaihi

[SSB]: Bagaimana sejarah anda mula berkecimpung dalam dunia bolasepak sehingga terpilih mewakili Sarawak?

[ZM]: Saya mula berkecimpung & meminati sukan bolasepak ketika masih menuntut di sekolah rendah di SRK Orang Kaya Mohammad, Bintulu lagi. Pada tahun 1978, saya telah terpilih mewakili pasukan Bahagian Ke-4 @ Miri/Bintulu dalam Kejohanan Piala Emas Yayasan Sarawak (Under 12) yg pertama kali diadakan di Kuching…

Dimana pasukan kami muncul sebagai juara yg pertama. Yg lucunya…final game telah diadakan di Padang Merdeka. Pada tahun 1988, saya pertama kali dipanggil untuk pemilihan skuad Sarawak 88 setelah Kejohanan Piala Sarawak 1987 di Sarikei.

Tetapi saya tidak berjaya untuk menempatkan diri dlm senarai terakhir pasukan. Tahun berikut nya 1989, saya sekali lagi telah dipanggil oleh coach Awg. Mahyan untuk pemilihan squad Ngap Sayot. Kali ini, saya telah berjaya terpilih untuk bermain bersama pasukan utama Sarawak.

11107727_442067669300436_8124552655743254857_n

[SSB]: Rakan sepasukan paling lucu dan selalu membuat lawak?

[ZM]: Saudara Daud Hamid dan Mohd. Ali Shapiee. Ada-ada saja kata2 lucu serta gelagat aksi yg membuat saya & rakan-rakan sepasukan lain ketawa terbahak-bahak.

[SSB]: Jaringan gol paling cantik anda jaringkan? Bila & bagaimana?

[ZM]: Ketika saya menjaringkan gol ke-2 Sarawak dalam perlawanan Liga Semi-Pro Malaysia tahun 1993 menentang Pulau Pinang di Stadium Negeri, Kuching. Setelah menerima bola hantaran cantik dari John Hunter di sebelah kiri luar petak penalty team P. Pinang, saya megelecek 2 pemain pertahanan lawan sebelum membuat tendangan lencong (curve) yg deras sebelum menerjah jaring gol lawan.

Dan jaringan gol tersebut telah dipilih antara ‘5 top Asian goal of The Week’ oleh satu rancangan bolasepak yg berpengkalan di Hong Kong.

319835_3287330628870_1057206556_n

[SSB]: Kenangan paling manis sepanjang mewakili Sarawak?

[ZM]: Sudah semestinya ketika pasukan Sarawak ‘Bujang Senang’ memenangi kejuaraan Piala FA tahun 1992, kejuaraan National yang julung kali dimenangi oleh pasukan Negeri Sarawak Ibu Pertiwi Ku setelah menewaskan pasukan gergasi Kuala Lumpur 2-1 dlm aksi final yg berlansung di Stadium Negeri, Kuching. Kejayaan tersebut juga merupakan julung kalinya Piala FA Malaysia merentasi Laut China Selatan terbang ke Kepulauan Borneo.

Dimana kerajaan Negeri Sarawak telah mengumumkan keesokan hari sebagai public holiday. Dan yg lebih bermakna, kejayaan pasukan Sarawak pada mlm itu adalah sebagai Hadiah teristimewa kepada TYT Sarawak ketika itu, Allahyarham Tun Ahmad Zaidi Adruce ( Al-Fatihah) yg menyambut ulang tahun yg ke 69.

10984134_894183857301214_5051227264534485217_n

[SSB]: Siapa rakan sepasukan paling akrab dalam pasukan Sarawak?

  • Abu Bakar Amran, Zulkipli Rosli & Burhanniza Abu Bakar (era Ngap Sayot)
  • Mohd. Zaidel Sakup, Mohd. Dahlan Matussin & Ibrahim Mentali (era Bujang Senang)

[SSB]: Describe diri anda sebelum & selepas kedatangan Alan Vest?

[ZM]: Sebelum: walaupun mampu untuk memberikan mutu permainan yg baik & all out pada setiap kali diturunkan bermain tetapi saya dapat rasa ada kekurangan pada diri saya iaitu ‘keyakinan diri sendiri’ yg sebenarnya saya mampu untuk memberi sumbangan yg berkesan dalam permainan sebenar.

Selepas: Saya banyak menerima tunjuk ajar dari coach Alan tentang cara-cara teknik serta taktik bolasepak yg betul dan berkenan.

Dari masa ke semasa, saya cuba untuk memperbaiki kelemahan2 dlm permainan saya dlm latihan harian atau pun ketika perlawanan persahabatan terutamanya musuh no.1 saya iatu ‘self confident’ Alhamdulillah…segala tunjuk ajar beliau telah menjadikan saya seorang pemain yg mempunyai keyakinan pada kemampuan diri saya sendiri setiap kali bermain untuk pasukan Negeri Sarawak Bujang Senang.

zapri

[SSB]: Pemain sepasukan paling anda respect? Mengapa?

  • Abdul Jalil Rambli: Sebagai ketua pasukan, beliau telah menjalankan tugas serta amanah tersebut dgn berkesan dan cemerlang. Beliau seorang yg sentiasa menunjukkan sifat yg terpuji dan baik didlm mahupun diluar padang sehingga beliau sentiasa dihormati oleh rakan2 sepasukan & pemain2 lawan. ‘Captain Marvel’
  • Roslan Ismail (Haji). @ ‘Achong’: Sangat patriotic…. A true Sarawakian. Seorang pemain yg sentiasa memberikan persembahan yg all out @ above 100% dlm setiap game ketika diturunkan bermain. Seorang pemain yg mempunyai tahap kecerdasan/fitness level yg tinggi. Kenangan yg tidak akan saya lupa, pernah waktu pasukan Sarawak tidak ada training session, Achong berjogging sendirian di sekitar area Padang Merdeka pada waktu tengahari @ sekitar jam 2 or 3. Respect abis kamek ngan nya bro.

[SSB]: Apakah pencapaian-pencapaian yang telah anda miliki bersama dengan pasukan Sarawak & Malaysia?

  • Bersama pasukan Sarawak: 1989 – Malaysia Cup quarter finalist 1991 – Membantu Sarawak menjadi naib Juara Malaysia Semi-Pro Division 2 – Promotion to Division 1 next season. 1992 – Membantu Sarawak menjuarai FA Cup. 1993 – Malaysia Semi-Pro league Div. 1 Runner-up ( 2nd placing) – Malaysia Cup semi finalist 1994 – Malaysia Premier League 3rd Placing 1995 – Malaysia Premier League 3rd Placing – Malaysia Cup semi finalist 1996 – Malaysia FA Cup runner-up. Final lost to Kedah 0-1.
  • Bersama Malaysia: None Pernah dipanggil untuk menjalani latihan pusat serta pemilihan tetapi saya menarik diri kerana masalah keluarga.

[SSB]: Apakah formula untuk menjadi pemain bolasepak yang disanjungi seperti anda?

  1. Yakin dengan kemampuan dan kebolehan anda sendiri.
  2. Bekerja keras utk memperbaiki kelemahan (individual skill or team game play)
  3. Sentiasa mengekalkan disiplin yg tinggi serta bersikap positif dlm apa jua tindakan.
  4. Hendak lah serious dan focus ketika menjalani latihan kerana anda akan sentiasa mempelajari sesuatu perkara baru ( skill, teknik, taktik ) dari hari ke hari berikut nya.
  5. Note: Even world best players also attend training.

163265_1668798733926_6470264_n

[SSB]: Adakah keputusan meninggalkan pasukan Sarawak pada ketika kemuncak prestasi anda satu keputusan mudah? Ceritakan dengan ringkas moment tersebut.

[ZM]: Keputusan saya untuk menarik diri bersama pasukan Sarawak pada tahun 1997 ketika masih dlm kemuncak prestasi adalah terlalu sukar untuk saya putuskan. Sebelum memberikan keputusan itu, saya telah berjumpa serta berbincang dgn pihak pengurusan tertinggi FAS dan pihak majikan saya (HR Dept.) terlebih dahulu.
Saya juga ada meminta nasihat & idea dari ahli keluarga terdekat & rakan-rakan saya berhubung keputusan saya hendak bersara awal dari mewakili pasukan negeri. Ada kata2 nasihat serta pendapat yg pro & con dari rakan-rakan rapat mengenai hasrat saya itu.
Setelah berfikir panjang & semasak-masaknya, akhirnya saya akur dan nekad untuk meninggalkan pasukan negeri tercinta Sarawak. Saya terus menghubungi dan membertahu pihak Pengurusan FAS mengenai keputusan saya untuk menarik diri dari squad Sarawak.
Alhamdulillah…ramai pihak terutamanya Presiden FAS ketika itu, Allahyarham Tuan Hj. Mohd. Taha Ariffin ( Al-Fatihah) menghormati keputusan yg telah saya putuskan.
#End of my colorful football career with my beloved state team.
Zapri Manai

Ex Sarawak U-14 right winger. I stopped playing football because I’d done as much as I could. I needed something which was going to excite me as much as football had excited me.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *