13hb September 1992: Sarawak menjadi Juara Piala FA

13hb September 1992: Sarawak menjadi Juara Piala FA

January 22, 2016 0 By admin

Perlawanan Akhir Piala FA, 1992.

“Dengan Sarawak, ianya soal bermain menentang pasukan bersemangat dan satu susuk kultus yang merasuk pemainnya kepada kesetiaan ‘kill-or-be-killed’ untuk negeri” – Chow Kwai Lam

Perlawanan Akhir Piala FA Malaysia telah berlangusng pada 13hb September 1992 di Stadium Negeri, Kuching, Sarawak. Perlawanan ini dihadiri oleh 35,000 orang penonton.

Skuad ‘Bujang Senang’ telah berjaya menumbangkan gergasi ‘City Boys’ dengan keputusan 2-1, hasil jaringan John Hunter dan Mohamed Sazali Ramli pada minit ke-52 dan 55, sebelum jurang dirapatkan menerusi Anto Grabo pada minit ke-62.

7

Rembatan jarak jauh Sazali Ramli menerusi kaki kiri berjaya menerjah gawang KL. 

8

John Hunter menjaringkan gol kedua menerusi rembatan kaki kiri di dalam kotak penalti 

Namun, jaringan pemain import KLFA itu gagal menukar defisit jaringan untuk memberikan Sarawak FA penghormatan untuk menjulang piala keramat tersebut. Azman Adnan – secara peribadi menggambarkan selepas perlawanan tersebut bahawa kegagalan beliau, selaku penggempur berbisa, untuk membantu KLFA ketika itu adalah sesuatu yang mengecewakan.

6

Azman Adnan cuba melepasi kepungan Roslan Ismail & Jalil Ramli

 

John ‘Kerbau’ Hunter telah memenangi Anugerah Pemain ‘Terbaik Perlawanan Akhir, sekaligus mengatasi barisan bintang KLFA yng berpengalaman seperti Subadron Aziz, Zoran Nikolic, Razip Ismail, Anto Grabo dan lain-lain.

11

John Hunter menerima anugerah pemain terbaik disampaikan oleh TYT Ahmad Zaidi Adruce

K. Gunalan telah terlepas peluang keemasan ketika minit-minit akhir perlawanan, apabila percubaannya mengenai palang gol. Skuad KLFA bermain bersungguh-sungguh, namun malam itu memang malam skuad ‘Encang Sarawak Encang’. Ngap Sayot!

Pemain Sarawak FA: Mazian Abdul Wahid, Roslan Ismail, Jeff Curran, David Evans, Dhalan Mattusin, Sazali Ramli, Abdul Jalil Ramli, Ibrahim Mentali, Zapri Manai, John Hunter, dan Affendi Julaihi;

Coach: Alan Vest

1379235_10202650372407591_93963039_n

Pemain Kuala Lumpur FA: V.Murugan, Razip Ismail, Chow Seiw Yai, See Kim Seng, K.Gunalan, Mohamed Zaid Jamil, Mat Zan Mat Aris, Zoran Nikolic, Anto Grabo, Subadron Aziz, dan Azman Adnan.

Coach: Chow Kwai Lam

0d005-azmankualalumpur