[Sarawak’s Greatest Player]: Ibrahim Mantali

[Sarawak’s Greatest Player]: Ibrahim Mantali

January 22, 2016 0 By admin

SSB kali ini berjaya mendapatkan general midfield terbilang Sarawak iaitu Ibrahim Mentali (IM19) untuk sesi temubual kali tok. Siapa sik ingat, seorang pemain yang berbadan gempal bergandingan dengan Ali Sapiee berjaya membawa Sarawak ke tahap yang tinggi satu masa dolok.

Juh kita ikuti temubual eksklusif dari kami bersama Ibrahim Mentali.

[SSB] Bagaimana sejarah mula berkecimpung dalam dunia bolasepak sehingga terpilih mewakili Sarawak?

[IM19]: Mula mewakili Sarawak pada umur 15 tahun dlm kejohanan Piala Razak di Pahang pada tahun 1986.. Seterusnya Piala presiden 1987 hingga 1989.. Berada dalam skuad Sukma 1990 di kch & menjadi juara untuk pertama kali. Seterusnya telah dipilih oleh Alan Vest untuk menyarung jersi skuad senior pd tahun 1991.

314253_4161632331237_1641643659_n

Berada dalam skuad emas Sarawak dalam edisi sukma 1990

Poster_Sarawak_1997

[SSB] Posisi kegemaran dan idola (sama ada dalam atau luar Malaysia)

[IM19]Defensive midfield.. Bryan Robson

[SSB] Boleh ceritakan moment before and after anda dipanggil menyertai skuad kebangsaan?

[IM19]Sangat berbangga kerana telah dipilih oleh coach Abd Rahman Ibrahim utk menyarung jersi negara tapi pada tahun 2000, pada masa yang sama berasa amat kecewa kerana di landa kecederaan.

Sarawak. Kedah 1996 Ahmad Basri Akil Che Zambil Ahmad Piala FA (9)

[SSB] Kata-kata peransang paling di ingat oleh jurulatih ketika dalam bilik persalinan?

[IM19]Alan vest ~ do your very best and just enjoy your game

[SSB] Kenangan paling manis, lucu, sedih yang anda ingati sepanjang mewakili Sarawak?

[IM19]Kenangan paling manis ketika Pasukan Sarawak menjulang Piala Fa 1992 ,Juara Liga 1997, Juara Sumbangsih 1998 … kenangan lucu terlalu banyak kenangan sedih gagal menjulang Piala Malaysia 1999 dan ketika mengalami kecederaan serius dan tidak mendapat perhatian dari pihak pengurusan.

10984134_894183857301214_5051227264534485217_n

[SSB] Jenama kasut boot pertama dan terakhir anda?

[IM19]Boot yang pertama Adidas La plata dan yg terakhir Nike.

3817282822_9723cd3e2f.jpg

[SSB] Jaringan gol terbaik yang anda jaringkan ketika bersama Sarawak?

Jaringan gol dari sepakan sudut ketika menentang pasukan Johor pada tahun 1999 di Stadium Sarawak.

1902728_540333282765530_7472477055602245172_n

Membimbing pasukan Samarahan menjadi Juara Piala Sarawak

[SSB] Pemain sepasukan paling anda respect? Mengapa?

[IM19]: Zapri Manai kerana beliau memiliki skill individu yg tinggi

10671444_870083543022277_1528214901436525837_n

Final Piala Malaysia 1999. Sarawak tumpas 1-2 kepada Brunei Darussalam

[SSB] Apakah pencapaian-pencapaian yang telah anda miliki bersama dengan pasukan Sarawak?

[IM19]: Dapat merangkul kejuaraan dan terpilih untuk menyertai skuad kebangsaan

[SSB] Apakah formula untuk menjadi pemain bolasepak yang disanjungi seperti anda?

[IM19]: Displin diri yang tinggi sentiasa merendah diri , sanggup berkerja keras , mendengar arahan Jurulatih dan yg paling penting berdoa untuk sentiasa melakukan yg terbaik

11870779_698640773601446_4123567706124801365_n

Bersama lagenda Singapura iaitu Fandi Ahmad. Rival di bahagian midfield satu ketika dahulu.