[Legend]: Stanley Frazier @ Azley Abdullah

Sapa sangka insan disebalik kejayaan, pasang surut bolasepak Sarawak, Stanley Frazier @ Mohd Azley Abdullah merupakan insan yang sepatut kita hargai di dalam dekad bolasepak Sarawak. Kejayaan pada 24 Jun 2013 menjadi detik paling berharga buat dirinya apabila menambah koleksi peribadi kejayaan Sarawak sebagai Jurulatih Fitness. Namun disebalik kerjayanya, tersirat kenangan yang tak akan dilupakan oleh Stanley Frazier @ Mohd Azley Abdullah sebagai insan yang pernah bergelar pemain atau penjaga gol Sarawak.

mok 3
Pernah menggalas tugas sebagai fitness coach Sarawak

Pemain Pilihan Pertama Liga Simpanan 1994, Stanley Frazier @ Mohd Azley Abdullah tidak menyangka tiba-tiba dipanggil untuk bersedia dimasukkan menggantikan Mazlan Wahed yang tercedera akibat perlanggaran dengan pemain Sabah, Veselin. Ketika itu Sarawak mendahui dengan 2-0, namun mungkin kegemuruhan dan ketika itu baru berusia 20 tahun telah meletakkan Sabah mengikat Sarawak pada minit ke 87 dan 89, tetapi pada ketika itu bakat luar biasa beliau telah mula dihidu oleh semua pihak termasuk coach Alan Vest.

Pada 22 November 1994, menyaksikan Stanley Frazier @ Mohd Azley Abdullah telah diberi kepercayaan sepenuhnya oleh Alan Vest untuk mengetuai skuad Sarawak menentang Perak yang berkesudahan Perak menang 1-0. Ini merupakan perlawanan pertama bagi beliau atau lebih dikenali dengan first full senior match dimana ketika ini baru berusia 20 tahun. Peningkatan yang ditunjukkan selepas menentang Sabah begitu ketara. Beliau menunjukkan aksi yang menarik ketika menahan gawang gol sehingga ke 90 minit.

Kecemerlangan penjaga gawang Sarawak, Stanley Frazier @ Mohd Azley Abdullah, telah menarik minat jurulatih Malaysia ketika itu dan diserap masuk untuk menjalani latihan bersama skuad Olimpik dalan tahun 1995.

Pada tahun 1996, Sarawak telah melangkah ke perlawanan akhir menentang Kedah namun sekadar merangkul sebagai Naib Johan. Satu lagi koleksi kejayaan ditambah kepada beliau. Pernah suatu ketika, pada 8 Oktober 1996, ketika menentang Johor di Stadium Larkin, Sarawak hanya turun ke Johor dengan berbekalkan 14 orang pemain sahaja termasuk Stanley Frazier @ Mohd Azley Abdullah. Namun Sarawak menang 2-0 ketika itu.

Tahun 1997, menjadi detik kegemilangan skuad Sarawak semula, Stanley Frazier @ Mohd Azley Abdullah antara tunjang utama dalam kejayaan Sarawak menjulang Piala Liga Perdana 1997.

Tidak cukup dengan kejayaan 1997, pada tahun 1998, beliau turut menjadi antara pemain yang menambah koleksi sebagai Johan Pertandingan Piala Sultan Ahmad Shah atau Piala Sumbangsih. Ketika itu Sarawak menang ke atas Selangor dengan jaringan 3-1.

Kejayaan Sarawak melangkah ke pertandingan akhir Piala Malaysia 1999, merupakan kenangan manis buat beliau. Biarpun Sarawak bergelar Naib Johan, namun kejayaan melangkah ke final Piala Malaysia bukan sesuatu yang senang untuk diharungi apabila Sarawak telah menumbangkan banyak jagoan elit bolasepak Malaysia.

Tahun 2001 merupakan antara penampilan aksi terbaik Penjaga Gol, Stanley Frazier @ Mohd Azley Abdullah. Beraksi cemerlang menjaga gawang telah meletakkan Sarawak memasuki final Piala FA buat kali ke 3 selepas 1992 dan 1996. Namun nasib tidak menyebelahi Sarawak yang tewas tipis 1-0. Namun kecemerlangan Stanley Frazier @ Mohd Azley Abdullah dinafikan melalui tandukan emas pemain pertahanan, D. Surendran pada minit ke-109 masa tambahan sudden death menjulang Selangor selaku juara edisi ke-12 bola sepak Piala FA, menewaskan Sarawak 1-0 pada perlawanan akhir di Stadium Nasional, Bukit Jalil. Nama Stanley Frazier @ Mohd Azley Abdullah menjadi sebutan dan pujian ramai ketika zaman 2001. Beliau sekali lagi menambah koleksi peribadi beliau selaku Naib Juara Piala FA 2001.

mok 2
Membuat penampilan pertama di Final Piala FA 2001

Pada tahun 2003, bermula detik yang tidak diingini oleh semua pemain terutama Stanley apabila disahkan mengalami kecederaan slipped disc yang memaksa beliau terpaksa untuk berehat menjelang pertemuan separuh akhir Piala FA menentang Perlis. Ini telah merunsingkan Jurulatih Jalil Ramli memandangkan beliau merupakan penjaga gol yang mampu menyekat kemaraan pasukan Perlis dan berpeluang untuk ke final Piala FA 2003.

Tahun 2009 pula menyaksikan kemelut kewangan bolasepak Sarawak, apabila kontrak Robert Albert selepas melatih pasukan liga premier Sarawak selama empat bulan ditamatkan. Berikutan dengan itu, diambilalih oleh Mohd Farhan Abdullah, Mohd Azley Abdullah dan David Usop yang merupakan penolong Albert sebelum ini. Dalam kemelut kewangan, moral pasukan Sarawak ketika itu masih tinggi, dengan pengalaman sebagai pemain suatu ketika dahulu, Stanley Frazier @ Mohd Azley Abdullah sentiasa tidak putus-putus memberi kata semangat dan motivasi untuk pemain-pemain Sarawak ketika itu sehingga berjuang sehabis-habisan.

mok

Dan sehingga kini, beliau yang dikenali, Stanley Frazier @ Mohd Azley Abdullah masih menyumbang keringat bersama pasukan Sarawak tercinta. Beliau merupakan ikon kepada bolasepak Sarawak dan sewajarnya diberi penghargaan khas iaitu Legenda Bolasepak Sarawak. Terima Kasih Stanley Frazier @ Mohd Azley Abdullah di atas sumbangan sebagai Pemain dan Jurulatih Sarawak.

Artikel kredit : BoyKuching

Ex Sarawak U-14 right winger. I stopped playing football because I’d done as much as I could. I needed something which was going to excite me as much as football had excited me.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *