[Sarawak’s Greatest Player]: Mohd Zaidel Sakup (ZS16)

Sesi Interview SSB dengan Mohd Zaidel Sakup (Kereta Tank Sarawak). Terkejut juak respond positif dari saudara Zaidel Sakup yang sinonim dengan jersi no 16 nya. Selamak tok hanya memerhati aksinya dalam padang, memang brutal & agresif. Sik sangka, sudi juak duhal nya melayan soalan-soalan dari kamek orang. Berbanyak terimak kasih & juh kita kenali lebih rapat dengan lagenda kita tok.

zs

[SSB]: Bagaimana sejarah mula berkecimpung dalam dunia bolasepak sehingga terpilih mewakili Sarawak?

[ZS16]: Start main bol tok umo time ya 16 tahun dah mewakili sekolah, bahagian miri, Maksak miri & Maksak Sarawak… Ianya bermula time Sarawak Cup di Kapit pada tahun 1989.. Coach Mohd Poasa & setiausaha FAS pada masa ya iaitu Abg zulkarnien memilih utk mewakili pasukan Stadium Negri dalam Piala FAM 1990 & tahun berikutnya di pilih coach Alan Vest untuk mewakili Sarawak pada tahun 1991.

zaidel
Kelihatan dalam gambar adalah Zaidel Sakup, David Evans, Faizal, Abu Bakar Amran & John Hunter.

[SSB]: Posisi kegemaran dan idola (sama ada dalam atau luar Malaysia)

 

[ZS16]: Pertahanan kiri & pertahanan tengah. Idola saya adalah Paolo Maldini (AC Milan/Italy)

sarawak
Sarawak 1994

[SSB]: Rakan sepasukan yang paling merdu suara nyanyiannya?

 

[ZS16]: Sik rami tauk, Mohd Azley (coaching staff team Sarawak) & Mazlan wahed. Mungkin defend kuat gilak, jadi sidak ada masa berlagu time game. 

zs1[SSB]: Kata-kata peransang paling di ingat oleh jurulatih ketika dalam bilik persalinan?

[ZS16]: “Wisel penamat belom habis gik… Tunjukkan bahawa kita adalah team yang lebih bagus dari pihak lawan.


[SSB]: Kenangan paling manis di ingati sepanjang mewakili Sarawak?

[ZS16]: Menjuarai liga malaysia pada tahun 1997.

Poster_Sarawak_1997


[SSB]: Kenangan paling lucu di ingati sepanjang mewakili Sarawak?

[ZS16]: Apabila rutin harian latihan, semua players akan bawa 2 set jersi berlainan warna.. Sebab takut sama team dengan.. Dengan coach Alan Vest, siap jak kalau team nya kalah… kenak maki.. Mental maok tahan, mun sik run-run nangis. 

zaidel sakup
Berganding dengan Dahlan Matussin selaku pertahanan tengah yang paling digeruni penyerang lawan

[SSB]: Kenangan paling pahit di ingati sepanjang mewakili Sarawak?

 

[ZS16]: Kalah dalam Final malaysia cup 1999 lawan Brunei Darussalam. 

zaidel 2
Bersama Arwah Datuk Taha Ariffin & Dahlan Matussin sejurus penyampaian cenderahati Naib Juara Final Piala Malaysia 1999


[SSB]: Pemain paling anda respect? Mengapa?

[ZS16]: Radhi Mat Din (kedah). Sangat tenang mengawal bola & tempo permainan. Pandai mengawal emosi. 

radi3
Radhi Mat Din merupakan pemain tengah yang sangat lincah diwaktu zaman kegemilangan Kedah.

[SSB]: Apakah pencapaian-pencapaian yang telah anda miliki bersama dengan pasukan Sarawak?

  • Juara FA 1992
  • Juara Liga Msia 1997
  • Naib Juara Divisyen 2 Tahun 1991
  • Final Malaysia Cup 1999 (swak v brunei)
  • Tempat ke-3 dalam liga msia
  • 3 kali main di Final Piala FA (KL, Kedah, Selangor)
  • 3 kali semifinal Malaysia Cup (Selangor, Singapore, Terengganu)
  • 2 kali Piala Sumbangsih (Pahang & Selangor- cedera) & Kelab Juara-Juara Asia (Vietnam, Myanmar, Kashima Antlers – Japan)..
  • (Pasukan swak telah d label antara pasukan: 
  • Pasukan kurang bolos dalam liga Malaysia
  • Pasukan pertahanan terbaik dalam Malaysia
  • Pasukan 4 terbaik dalam liga Malaysia

[SSB]:  Apakah formula untuk menjadi pemain bolasepak yang disanjungi seperti anda?

  1. Berkat doa ibu/bapa
  2. Displin diri (dalam & luar padang)
  3. Rajin berlatih
  4. Daya tahan diri maok kuat (mental & fizikal).
  5. Sentiasa dengar arahan coach

Inshaa Allah akan berjaya dalam apa jua bidang sekali pun.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *