[Transfer News]: Junior Aparecido bakal mengisi slot import ke-4 Sarawak!

Junior Aparecido dilihat lebih berpeluang mengisi slot ke-4 berdasarkan performance di Vietnam. Berdasarkan feedback yang SSB terima, pemain kebangsaan Timor Leste yang berasal dari Brazil ini akan tiba di Kuching dalam minggu ini.

Dengan gameplay simple pass & touch, Junior cukup berbahaya apabila berada di penalty box dan juga melalui rembatan jarak jauhnya. Kekurangan yang ada pada dirinya cuma agak lambat menutup ruang apabila bertahan.

Playmaker yang berketinggian 174cm ini turut dilihat mampu mengetuai jentera tengah dalam merencanakan serangan serta hantaran killer pass kepada penyerang kita terutamanya Gilmar. Admin jangkakan beliau akan berada di posisi in between midfielder & striker (roaming in between – free role).

Dlm match terakhir, Junior berjaya assist gol kedua utk Gilmar melalui free kick satu kelebihan yang perlu ada dalam skuad Sarawak memandangkan kita memiliki kelebihan dari segi ketinggian pemain.

Sementara, Felicio pemain dari Costa Rica yang beraksi as defensive midfield, dilihat sekali lagi terlalu lama mengawal dan lambat membuat hantaran, kadangkala menyebabkan bahaya kepada pasukan sendiri.

Dengan status Syahrul Azwari masih menjadi tanda tanya, DKRG perlu membuat pilihan dengan tepat untuk posisi paling kritikal sebagai nadi pasukan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *