BLACK NIGHT 1989: MEMOIR FROM LEGENDARY ZAPRI MANAI

BLACK NIGHT 1989: MEMOIR FROM LEGENDARY ZAPRI MANAI

February 2, 2016 0 By admin

Admin bersetuju dengan pandangan rakan di Ultracrocs mengenai insiden hitam berlaku di Stadium Merdeka pada saingan suku akhir Piala Malaysia tahun 1989 antara Sarawak menentang Kuala Lumpur.

Seingat admin waktu tok baruk darjah 1, semua adik beradik tengah nangar Live di TV3 (al-maklum waktu yang nang susah benar nak diat Sarawak lam tv). Suddenly sik sampei 30 minit lepas ya perlawanan dihentikan. Macam ya ajak. Tauk cerita sebenar pun cerita, melalui suratkhabar keesokan harinya. Masa ya ney ada berisik facebook – sms pun sik ada.

kl

Insiden bermula apabila Ali Sapiee yang mengalami kecederaan sedang mendapatkan rawatan dan menolak untuk dibawa menggunakan strecther dan selepas beliau memilih untuk berjalan sendiri (tanpa bantuan strecther) beliau terus dilayangkan kad merah oleh Steven Ovinis!

Berikut merupakan memoir pengalaman peribadi lagenda bolasepak Sarawak iaitu Zapri Manai. Sama-sama kita ambil iktibar dan ia juga merupakan sejarah paling menggamit perasaaan setiap pelusuk rakyat Sarawak.

“Black night for Sarawak football…. whilst playing against Kuala Lumpur during the 2nd leg of Malaysia Cup quarter-final at Merdeka Stadium where back in 1989. Biased refereeing by Steven Ovinis resulting Sarawak players left the field in protest with the referee decision and before we reach the substitute bench, the FRU squad approached us and then without mercy attack us & a scuffle occurred. We, players only use our bare hand to defend our-self from the baton beating/blowing at us. Several of my team mates and myself injured during the scuffle. Next day… FAS withdraw from FAM and the rest is HISTORY.” – Zapri Manai

Saya tak kenal siapa dia masa itu, akibat terlalu marah saya meludah muka Zaman Khan,” kata Awang Mahyan sambil menjelaskan perlawanan berkenaan dihentikan dan Kuala Lumpur diberi kemenangan percuma.
 

Awang Mahyan di serbu penonton dan pegawai pasukan Kuala Lumpur 1989

Kesannya:

  • Sarawak menarik diri dari saingan Piala Malaysia. Pertama kali seumpamanya!
  • Sarawak keluar dari FAM
  • Tengku Abdullah menaiki jet pejuang dari Semenanjung ke Kuching untuk menyelesaikan isu ini.
  • Sehingga ke hari ini insiden 1989 tersebut masih dikenang oleh setiap warganegara Sarawak.

zapri 2

zapri manai

Sumber: Zapri Manai