Kisah kali pertama Sarawak layak ke separuh akhir Piala Malaysia 1988

Kisah kali pertama Sarawak layak ke separuh akhir Piala Malaysia 1988

February 3, 2016 0 By admin

“Tok pesan aku ngan kitak orang.. Masa rah padang, iboh bersalam tangan dengan player Kedah. Tapi peluk badan sidak lepas ya tepuk bahu sidak tiga kali. Ingat! Tiga kali.. Sik lebih, sik kurang! Ingat ya!” kata Awang Mahyan dalam bilik persalinan sebelum pemain Sarawak masuk ke padang Stadium Alor Star, Kedah. 

Taktik robust game!

Pasukan Sarawak yang buat julung kali layak ke separuh akhir Piala Malaysia berdepan dengan pasukan pilihan iaitu Kedah. Perlawanan pusingan pertama separuh akhir Piala Malaysia 1988 berlangsung di Stadium Alor Setar dengan di hadapan 25,000 orang penonton. Sarawak dikritik hebat dalam akhbar tempatan pada keesokan harinya, kerana menampilkan aksi keras dalam berdepan dengan serangan bertali arus pasukan Kedah.

Asal ada peluang, terjahan keras dilakukan oleh pertahanan Sarawak yang diketuai oleh Roslan Mustapha dan Kariyer Maria.

ngap sayot

Selain itu, pemain-pemain Sarawak sering membantah atau “dispute” dengan keputusan pengadil perlawanan iaitu S.Subramaniam dari Perak. Pada separuh pertama hampir menyaksikan insiden pergaduhan free-for-all yang menyaksikan tiga layangan kad kuning kepada dua orang pemain Ngap sayot manakala seorang pemain Kedah dalam usaha pengadil untuk meredakan ketegangan aksi perlawanan.

Kedah hampir menjaringkan gol pada minit pertama melalui tandukan Hussain Jaafar hasil hantaran Noor Azam Ishak namun terkena palang gol. Namun pada minit ke-17, Hussain Jaafar berjaya juga akhirnya meledakkan jaringan menerusi gerakan yang sama menewaskan Affendi Jol.

Awang Mahyan terpaksa meluru ke dalam padang tiga minit kemudian apabila kesemua pemain-pemain Sarawak terutamanya penjaga gol iaitu Affendi Jol bertindak bertengkar dengan pengadil dan bertindak untuk tidak mahu meneruskan permainan. Affendi Jol sebagai kapten pasukan bertindak meninggalkan padang apabila rakan sepasukan iaitu Roslan Mustapha (lembeng) dilayangkan kad kuning selepas melakukan tackle ke atas Ng Chew Beng.

Permainan telah ditunda selama 5 minit sebelum coach Awang Mahyan berjaya memujuk kesemua pemain Sarawak untuk meneruskan perlawanan. Kata-kata semangat telah diberik: “Jangan putus asa, sidak pemain Kedah sama makan nasik. Kitak orang pun sama juak makan nasik. Buktikan kitak orang sama kuat, sama hebat!”

Aksi kelam kabut dihadapan pintu gol telah menyaksikan Sarawak berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-32 hasil jaringan Borhaniza Abu Bakar iaitu salah seorang pemain yang dilayangkan kad kuning selain Jalil Rambli & Idris Man (Kedah).

Tamat perlawanan Sarawak berjaya mengikat Kedah 1-1. Pemain-pemain Sarawak kembali ke bilik persalinan sambil dicemuh oleh penyokong Kedah dengan kata-kata cacian.

Tapi dalam hati pemain-pemain Sarawak amat berpuas hati kerana berjaya melakukan upset, menunggu hari untuk perlawanan timbal balik di Kuching pada minggu seterusnya.

Kedah: Ahmad Sabri, Ismail Mohammad Ramlee, Idris Man, Lee King Hong, Ng Chew Beng, Chan Keat Sweem Radhi Mat Din, Hussin Jaafar, Noor Azam Ishak (Romli Ghani), Khatul Aanuar, Hamid (Hariff Hashim).

Sarawak: Affendi Jol, Azmi Ariff, Roslan Mustapha, Kariyer Maria, Abu Bakar Amran, Mohd Ali Sapiee, Jalil Rambli, Borhaniza Abu Bakar (Aedi Julaihi), Pengiran Bala, Roslan Ismail, Herman Bulang.

To be continue .. Exclusive dari Shoot Sampei Bisak untuk semua peminat bola Sarawak.