PRDM 1-0 SARAWAK: MATCH REPORT & PHOTOS

PRDM 1-0 SARAWAK: MATCH REPORT & PHOTOS

February 14, 2016 0 By admin

12736548_10154945747639572_1431441824_o

PDRM melebarkan rekod kemenangan ketiga berturut-turut ke atas Sarawak apabila menang tipis 1-0 di Stadium Hang Jebat, Melaka malam tadi.

Hujan lebat turun 2 jam sebelum perlawanan bermula. Kehadiran penyokong Sarawak dalam anggaran 550 orang hadir di Stadium Hang Jebat.

Hairol Mokhtar, Iqbal, Makeche, Gilmar, Grassi, Partiban, Riduwan, Gurusamy, Ashri, Ramesh, Junior Aparecido | Credit Photo: Gawang.My

Credit Photo: Gawang.My

Pertarungan banyak bertumpu di bahagian tengah dengan masing-masing cuba memulakan serangan menggunakan hantaran pendek.

riduwan

Pemain PDRM, Andre Francesco Williams dikawal ketat oleh pertahanan Sarawak, Riduan Ma’on | Credit: Dunia Sukan Online

Pertahanan dari dua pihak agak teratur dan bertindak sebagai satu unit menyebabkan banyak percubaan dari luar kotak oleh kedua-dua pasukan. Separuh masa pertama tamat dengan keputusan 0-0.

Ashri Chu Chu | Credit: Gawang.My

Asfaq Ali banyak membuat larian yang mengelirukan pihak lawan dan hampir menjaringkan gol pada minit ke-67 melalui tandukan tetapi percubaannya hanya mengenai palang gol.

Dia akhrinya dapat menjaringkan gol pada minit ke-76 melalui rembatan kencang menewaskan penjaga gol Sarawak M. Iqbal di dalam kotak penalti.

Percubaan jarak jauh pemain Sarawak, Junior Aparecido dapat ditepis keluar oleh penjaga gol PDRM FA iaitu Haziq Nadzli.

Pengadil tidak memberi sepakan penalti apabila Ndumba diterjah di dalam kotak penalti pada minit ke-69. Bajunya koyak selepas ditarik oleh Lot Hassan.

Kredit: Dunia Sukan Online

Hujan lebat turun pada minit ke-88 melambatkan tempo perlawanan.

Pemain pertahanan Sarawak, Davide Grassi dikerah ke atas bagi membantu serangan di minit-minit terakhir untuk memenangi hantaran tinggi tetapi pertahanan PDRM FA kental mengawal keadaan. Masa penuh berkesudahan 1-0 berpihak kepada PDRM FA.