MSL2016: Sarawak secure first win under Datuk K Rajagobal

MSL2016: Sarawak secure first win under Datuk K Rajagobal

April 6, 2016 0 By admin

Sarawak akhirnya menamatkan badi kemenangan musim 2016 apabila mencatatkan keputusan 2-1 di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang. Shahmie membuat penampilan pertama sebagai kesebelasan utama selepas menampilkan aksi cemerlang ketika mewakili Malaysia U-22 kendalian Frank Bernhardt.

944882_1194164543928376_820724967463366810_n

Kesebelasan utama Sarawak menentang Pulau Pinang – Kredit Gawang.my

Pulau Pinang terlebih dahulu menjaringkan gol pada minit ke-25 menerusi Matias Cordoba hasil keadaan kelam kabut di dalam petak penalti. Pada minit ke-39, Pulau Pinang sekali lagi menjaringkan gol akan tetapi dibatalkan oleh pengadil.

Sarawak sik ada banyak melakukan aksi bahaya, kecuali 2 percubaan tepat dari Ndumba Makeche. Gilmar seakan hilang arah, agak terdesak untuk mencari peluang melakukan percubaan ke arah gol. Midfield Sarawak terlalu bergantung kpd Gurusamy dan Junior, Shamie dgn Ashri agak tenggelam, sik banyak peluang polah gerakan.

12923182_1194128440598653_6195701581706297889_n

Aksi sulung Shahmie sebagai kesebelasan utama – Kredit gawang.my

Sebaliknya skuad Panthers cukup bahaya melalui ancaman faiz & kumaraan. Pertahanan Pulau Pinang agak kental dikemudi oleh Mafri berjaya mengunci gerakan serangan Sarawak.

Half Time: Pulau Pinang (1) – (0) Sarawak

Sarawak berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-59 menerusi kuisan menarik dari Gilmar hasil gerakan sepakan percuma Junior Aparecido.

Tidak sampai seminit, pasukan tuan rumah diberikan sepakan penalti namun tendangan Matias Cordoba keluar!

Rajagobal bingkas memasukkan Shahrol Saperi dan mengeluarkan Gurusamy bagi mengukuhkan penguasaan di bola dibahagian tengah. Menyedari asakan dari Sarawak semakin menjadi, Partiban dimasukkan bagi menggantikan Shahmie.

Sarawak semakin rakus menguasai perlawanan dan akibatnya pertahanan Pulau Pinang semakin agresif sehingga menyebabkan jersi Gilmar koyak. Insiden kedua yang sama berlaku selepas Ndumba Makeche.

12933058_1138405089545755_7307317118763343680_n

Kredit: Gawang.my

Gilmar hampir menjaringkan gol pada minit ke-89 apabila cubaannya terkena palang gol. Asakan Sarawak akhirnya membuahkan hasil apabila mendapat sepakan percuma 25 meter dari gawang gol.

Junior Aparecido yang membuat freekick ditepis oleh Sani Anuar Kamsani, bola rebound tepat kepada Partiban yang dengan teknik yang menarik tap in bola.

Perlawanan berkesudahan Sarawak menang 2-1.

12974377_1138311906221740_8555539243099275723_n

  • Goal: Gilmar min-59, Partiban min-90+3
  • Yellow Card: Gilmar, Thanaraj