Cadangan SSB untuk FAS dan Kuching FA – Player Sponsorship Package

Mengambil contoh Perth Glory FC yang berpangkalan di Australia. Kami di SSB boleh cerita sikit tentang salah satu kaedah yang menarik digunakan dalam pengurusan dana. “Player sponsorship package” salah satu pakej yang disediakan oleh FA (sama ada Sarawak FA atau Kuching FA) kepada penaja yang menaja seorang pemain.

Pasukan Perth Glory

Cuba perhatikan pemain J.Risdon, S.Lowry, R.Williams dan R.Garcia mempunya logo syarikat di bahagian bawah gambar mereka. Logo tersebut bermaksud, ada syarikat yang telah menaja pemain tersebut.

Kita ambil contoh D.Castro salah seorang pemain tonggak Perth Glory dalam A-league. Mendapat tajaan caffeitalia. Seperti sedia maklum, untuk menaja sesuatu badan/individu, haruslah wujud situasi “win-win” yakni menguntungkan kedua belah pihak.

Apa yang Perth Glory FC telah lakukan untuk menarik sponsorship? Semestinya dari sudut marketing/pengiklanan.

Kembali ke realiti, Apa yang Sarawak FA atau Kuching FA boleh applikasikan? (ini sekadar cadangan)

FAS dan Kuching FA akan iklankan sponsorship package untuk pemain utama eg Mark Hartmann dan Sufizal Ismail (Marquee sponsorship). Pakej mestilah termasuk proposal “in return” yang akan diperoleh oleh penaja:

  1. Keahlian platinum untuk 5 orang (Sarawak baru buat, tapi tiada kaitan dgn penajaan pemain)
  2. Pengiktirafan tajaan melalui laman web Sarawak FA (website Sarawak jarang update, boleh link dgn SSB. Hehe)
  3. Pengiklanan di LED board stadium Sarawak di semua perlawanan selama semusim (Sarawak baru buat)
  4. Program CSR bersama Mark Hartmann oleh syarikat penaja.
  5. Tandatangan dan Jersi – hak penggunaan imej dari Mark Hartmann sebagai duta penaja.

#p/s : Sekadar contoh. FAS boleh tambah pakej berdasarkan kemampuan dalam usaha menarik minat penaja.

  • Contoh : Sarawak Energy telah bersetuju menaja seorang pemain import sebanyak RM30,000 sebulan selama setahun dengan syarat-syarat serta pakej menarik yang dirasakan oleh Sarawak Energy sangat berbaloi untuk menyetujui pakej tajaan FAS.

Gaji pemain : RM70,000 sebulan. Jadi Sarawak FA hanya “top-up” sebanyak RM40,000 sahaja.

  • Contoh : Sugarbun telah bersetuju menaja seorang pemain Kuching FA sebanyak RM3,000 sebulan selama setahun dengan syarat-syarat serta pakej menarik yang dirasakan oleh Sugarbun sangat berbaloi untuk menyetujui pakej tajaan FAS.

Gaji Pemain: RM5,000 sebulan. Jadi, Kuching FA hanya “top-up” sebanyak RM2,000 sahaja.

Ini baru satu tajaan, kalau ikutkan pakage Perth Glory FC, Marquee signing sponsorship package mereka dibuka kepada 10 penaja untuk 10 orang pemain.

Ini salah contoh ringkas berkenaan pakej tajaan yang telah ditawarkan oleh kelab bolasepak Perth Glory.

Selain itu, satu lagi cara mendapatkan income adalah dengan membuka keahlian kepada orang ramai terutamanya rakyat Sarawak untuk sama-sama memiliki ‘share’ kelab bola sepak Sarawak.

Kita ambil contoh dari pasukan dari semenanjung iaitu JDT:

Tahun lepas Tengku Mahkota Johor (TMJ) dari JDT telah melakukan sidang media dan mengumumkan FOUNDATION JDT yang berkonsepkan ahli berdaftar membayar RM100 secara tahunan (belum diputuskan oleh JDT) dan sudah tentu banyak faedah-faedah ahli yang telah dijanjikan oleh pihak kelab.

Bayangkan kalau 500,000 orang berdaftar sebagai ahli kelab bola sepak JDT, maka setiap tahun JDT akan menerima dana sebanyak RM50 juta dimana boleh menyelesaikan banyak masalah kelab dan sudah semestinya menaik taraf kemudahan kelab terutama dari segi infrastruktur dan juga expenses kelab.

Posting oleh Hafizul Hakim Bin Mohamad Kerta, (Chief Admin Shoot Sampei Bisak).

Ex Sarawak U-14 right winger. I stopped playing football because I’d done as much as I could. I needed something which was going to excite me as much as football had excited me.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *