[Liga Super 2017]: Sarawak catat kemenangan pertama 1-0 ke atas Pulau Pinang!

Pulau Pinang – Sarawak berjaya bertahan dengan baik sepanjang perlawanan dan menerusi satu gerakan balas, Mark Hartmann muncul wira pasukan Ngap Sayot apabila menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-73.

Mark Hartmann muncul wira Sarawak

Pemain terbaik perlawanan adalah milik Shahril Sa’ari apabila telah menyelamatkan sekurang-kurangnya berdozen cubaan dan beberapa kali pertembungan satu lawan satu dgn penyerang Penang. Pasukan tuan rumah juga beraksi tanpa kehadiran jurulatih mereka Westwood yang digantung perlawanan oleh FAM.

Shahril Sa’ari sekali lagi mempamerkan aksi mantap menyelamatkan gawang Sarawak dari dibocori. Clean sheet yang pertama untuk Sarawak pada musim 2017

Kemenangan pertama ini adalah momentum terbaik buat pasukan Sarawak menjelang perlawanan pertama Piala FA di Kuching klak menentang MISC-MIFA yang telah mengejutkan JDT II dengan jaringan 5-3.

Ex Sarawak U-14 right winger. I stopped playing football because I’d done as much as I could. I needed something which was going to excite me as much as football had excited me.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *