[Piala FA]: Sarawak jangan pandang rendah pasukan MISC-MIFA

Lawan Sarawak seterusnya adalah MISC-MIFA yang beraksi di Liga Perdana untuk saingan Piala FA 2017. Perlawanan akan diadakan di Stadium Negeri, Kuching pada 14 Februari ini (Selasa).

Pasukan yang menjuarai Piala FAM 2016 ini telah mengejutkan JDT II dengan jaringan 5-3 pada hari Jumaat lepas.

PEMAIN import MISC-MIFA, Bodric Dimitri Tagne Foruieng (dua dari kanan) meraikan jaringannya pada perlawanan Liga Perdana menentang JDT II di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya. – Kredit Foto Osman Adnan (Berita Harian)

Antara yang mencuri tumpuan nanti adalah kelibat penyerang berasal dari Cameroon iaitu Bodric Dimitri yang telah meledak 4 gol dalam aksi menentang JDT II. Satu lagi gol dihasilkan oleh penyerang iaitu Micheal Uezie Chukwubunna.

Untuk rekod, Sarawak belum lagi mencatatkan kemenangan di Stadium Negeri, Kuching. Perlawanan terakhir di Kuching ketika menentang Pahang yang menyaksikan kita tewas 0-1.

Kesebelasan utama pasukan Sarawak menentang Pulau Pinang malam tadi. Kredit: CSN

Bagi pasukan Sarawak pula, aksi Lee Jong Ho masih lagi samar apabila mengalami kecederaan menentang Pulau Pinang malam tadi. Jika Oppa tidak dapat diturunkan, adalah menjadi peluang Rodney Calvin (Bonai) untuk menimba pengalaman dalam perlawanan sebenar sama ada di posisi bek tengah – Ronny Harun switch ke bahagian defensive midfield.

Selain itu, turut mengalami kecederaan serius adalah Abdul Rahim. Terpulang kepada coach David Usop sama ada akan menurunkan Izray Iffarul Roslan atau Hafiz Abu Bakar (Bulu).

Diharapkan perlawanan ini akan menjadi titik tolak kebangkitan Sarawak untuk beraksi lebih baik untuk musim 2017.

Ex Sarawak U-14 right winger. I stopped playing football because I’d done as much as I could. I needed something which was going to excite me as much as football had excited me.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *