Jambatan Gantung Satok dan Lagenda Ngap Sayot

Ramai yang pasti masih ingat sejarah Ngap Sayot dan Jambatan Gantung Satok pada tahun 1989. Mengotakan janji selepas kemenangan besar 4-0 ke atas Johor pada suku akhir kedua di Kuching, Awang Mahyan dan mengetuai beberapa pemain dan penyokong terjun ke sungai pada jam 11 pagi disaksikan ribuan mata dan liputan media massa seluruh negara.

Pada malam bertemu dengan Johor, Awang Mahyan mencabar pemain, jika Sarawak menang pada malam itu, dia akan terjun dari Jambatan Gantung Satok sementara para pemain harus berlari balik ke hotel dari Stadium Negeri Sarawak. Akhirnya, selepas mencatatkan kemenangan para pemain menunaikan janji berlari balik ke hotel sementara Awang Mahyan mengotakan janji terjun dari Jambatan Gantung Satok pada paginya.

Dalam pada itu, Ketua Menteri, Datuk Amar Abang Johari Tun Openg berkata, pembinaan semula jambatan yang runtuh pada awal pagi 7 Oktober 2004 itu akan dimulakan pada tahun tahun ini juga.

 

Ex Sarawak U-14 right winger. I stopped playing football because I’d done as much as I could. I needed something which was going to excite me as much as football had excited me.

Comments

  1. norhissham mat esa

    cuba check balik…….sejarah Sarawak masuk separuh akhir piala Malaysia buat pertama kali ialah pada tahun 1988 setelah menang 4-0 keatas Johor di stadium negeri dalam perlawanan tinbal balik setelah Sarawak kalah di tangan Johor 2-0 di stadium larkin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *