Saingan Piala Presiden bakal bermula

Pasukan Piala Presiden Sarawak bimbingan jurulatih S Veloo bakal memulakan saingan Piala Presiden 2017 pada hari Khamis 23 Februari 2017.

Mereka akan bertemu pasukan Piala Presiden Felda Utd FC di Stadium Negeri Kuching. Perlawanan dijangka bermula pada pukul 4.15 petang dan kemasukan adalah percuma.

Ramai peminat pasukan Sarawak mengharapkan pasukan Piala Presiden memberi saingan yang lebih baik musim ini setelah mengharungi pertandingan yang agak mengecewakan musim lepas.

Kepada peminat-peminat, diharapkan agar anda memberi sokongan padu kepada pasukan ‘junior’ kita kerana mereka inilah yang akan menjadi pengganti kepada pemain-pemain ‘senior’ suatu masa kelak.

 

 

There is only you and your camera. The limitations in your photography are in yourself, for what we see is what we are.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *