Sarawak Menang Bergaya

Feb 14, Sarawak mencatatkan kemenangan bergaya 6-3 ke atas Misc – Mifa dalam pertemuan Piala FA sebentar tadi.

Mark Hartmann mencipta hattrik pertama dalam karier beliau bersama Sarawak apabila menjaringkan gol pada minit ke-12, 61 dan 82.

Mateo Roskam juga telah menjaringkan 2 gol yang membuktikan sentuhan beliau turut berbisa di depan gol dengan cool finishing pada minit ke-25 hasil hantaran jauh Ronny Harun dan ke-38 selepas menerima through pass dari Hafiz Abu Bakar.

Ronny Harun turut mencetak nama sebagai penjaring pada minit ke-34 apabila membuat tapping in hasil sepakan percuma Tommy Mawat Bada.

Sebelum itu MIFA terpaksa bermain 10 orang selepas pertahanan kiri mereka dilayangkan kad merah selepas membuat terjahan keras ke atas Hafiz Abu Bakar pada minit ke-51.

Man of the match: Mark Hartmann

The Writer …

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *