Rating Pemain Sarawak: Hartmann cemerlang vs MISC-MIFA

Mari kita lihat bagaimana prestasi pemain-pemain Sarawak selepas membenam MISC-MIFA dengan jaringan 6-3 di Stadium Negri, Kuching.

Shahril Sa’ari (GK) – 6.5

Tidak banyak di uji di separuh masa pertama selain dari berdepan dengan dua penalti pihak lawan yang gagal di selamatkan. Turut dilayangkan kad kuning kerana menjatuhkan penyerang lawan di dalam kotak penalti (pada pandangan referee).

Mazewandi Zakeria – 7

Semakin menghampiri aksi kemuncak beliau sepertimana satu ketika dahulu. Sukar untuk di lepasi oleh pemain sayap lawan. Perlu memantapkan diri dari aspek fizikal dan stamina untuk mengukuhkan tempat dalam kesebelasan utama.

Mazewandi beraksi cemerlang malam tadi

Demerson – 7

Gandingan dengan Ronny Harun agak baik cuma dua hadiah penalti dari pengadil bertugas menyebabkan rating mereka diberi tinggi agak diragui. Tenang mengawal pertahanan tengah dan mempunyai persefahaman yang baik dengan Ronny.

Ronny Harun – 7

Menjaringkan satu gol selepas menyambut hantaran dari Hafiz Abu Bakar menerusi set piece free kick. Agak goyah malam ini kerana pertahanan tengah terlalu terdedah dengan serangan lawan. Beliau turut membuat assist kepada jaringan Mateo Roskam.

Dzuladzlan Ibrahim – 7

Assist satu gol kepada Mateo Roskam. Bermain dengan lebih yakin pada malam tadi, bergandingan baik dengan Bulu di sebelah kanan. Menjadi di sayap kanan mengambil tempat Bulu yang dikeluarkan akibat kecederaan. Mungkin dikekalkan di sayap kanan jika Shamie, Rahim dan Bulu masih mengalami kecederaan.

Hafiz Abu Bakar (Bulu) – 7

Beraksi dengan baik pada penampilan pertama beliau sebagai kesebelasan utama. Mempunyai gerakan lincah serta control ball yang baik. Dikeluarkan pada separuh masa kedua selepas diterjah dengan kasar oleh pertahanan MISC-MIFA yang dilayangkan kad merah.

Terjahan kasar menyebabkan kecederaan serius kepada Hafiz Abu Bakar

Lee Jong Ho – 7

Beraksi dengan baik di bahagian tengah – partner dengan Daglish Papin. Fungsi beliau seperti terlalu ‘overburden’ kerana terpaksa menjadi link kepada bahagian serangan dan juga pertahanan. Dikeluarkan pada separuh masa kedua selepas di cakar sampei bisak di daie.

Kredit Insta: Lee Jong Ho

Daglish Papin – 6

Beraksi kali pertama di bahagian tengah. Masih kaku untuk get into position untuk menerima bola dari bahagian pertahanan yang menyebabkan pertahanan terpaksa membuat hantaran ‘long-ball’.  Perlu lebih tenang ketika menerima bola di kaki – decision making sama ada untuk membawa bola atau hantaran perlu diperbaiki lagi ketika dalam sesi latihan.

Tommy Mawat – 6.5

Dua peluang keemasan di depan pintu gol tapi dipersiakan. Perlu lebih tenang ketika membuat finishing, tak semestinya perlu membuat rembatan deras. Bol tonjol pun boleh – asalkan gol. Penalti ke-2 MISC-MIFA diberikan selepas Tommy Mawat didakwa mengasari pemain lawan dalam kotak penalti. Assist satu gol yang dijaringkan oleh Ronny Harun.

Mateo Roskam – 7.5

Mula menunjukkan belang beliau di hadapan pintu gol apabila menjaringkan 2 gol malam tadi. Bijak membuat off run yang memudahkan rakan sepasukan membuat through pass. Antara kelebihan lain pada beliau adalah tidak tamak apabila melihat rakan mempunyai chances yang lebih besar di depan pintu gol. Hampir menjaringkan hatrik pada separuh masa kedua namun di tepis keluar oleh penjaga gol.

Mark Hartmann – 8

Jaringan hattrik pertama beliau ketika bersama Sarawak. Mempunyai penyudah dan teknik sepakan lencong yang tajam sehingga menjadi viral di laman sosial ketika ini. Apabila bola singgah di kaki, beliau akan membuat hantaran jauh tepat, David Usop perlu sedar kelebihan hantaran beliau miliki untuk pemain sayap pantas seperti Tommy, Shamie, Abdul Rahim dan Hafiz untuk membuat breakthrough dari tepi. Absolutely amazing performance dari pemain antarabangsa Filipina ini.

Mark Hartmann

Substitutes

Ramesh (ganti Hafiz Abu Bakar): Masih mencari rentak permainan selepas direhatkan akibat kecederaan di alami 6

Shahrol Saperi (ganti Daglish Papin): Dimasukkan lewat separuh masa kedua.  No comment 6

Shreen Tambi (ganti Lee Jong Ho): Dimasukkan lewat separuh masa kedua.  No comment 6

Ex Sarawak U-14 right winger. I stopped playing football because I’d done as much as I could. I needed something which was going to excite me as much as football had excited me.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *