[Injury News]: Hafiz Abu Bakar pemain terbaru masuk dalam injury list. Dzuladzlan mungkin di letak sebagai sayap kanan Sabtu ini.

Kuching – Hafiz Abu Bakar atau lebih dikenali sebagai Bulu merupakan seorang lagi pemain Sarawak yang mengalami kecederaan selepas menentang MISC-MIFA tempoh hari. Lebih malang untuk David Usop, Bulu adalah pemain sayap kanan yang ketiga mengalami kecederaan selepas Shamie Iszuan dan Abdul Rahim.

Kecederaan serius pada tulang kering kaki kiri Bulu

Menurut maklumat yang kami peroleh, Dzuladzlan (Ado) mungkin akan mengambil alih tempat sebagai pemain sayap. Manakala tempat beliau di posisi bek kanan akan digalas oleh Ramesh Lai.

Seorang lagi pemain yang boleh beraksi sebagai sayap kanan adalah Izray Iffarul Roslan.

Dalam aksi menentang MISC-MIFA, Ado menampilkan aksi lincah beliau (agak skillful) sebagai sayap kanan. Diharap agar momentum aksi cemerlang nya tempoh hari akan ditonjolkan Sabtu ini menentang Melaka United.

Ex Sarawak U-14 right winger. I stopped playing football because I’d done as much as I could. I needed something which was going to excite me as much as football had excited me.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *