Pasukan Belia Sudah Bersedia

Pasukan Piala Belia Sarawak akan memulakan kempen Piala Belia 2017 menentang pasukan jaguh pantai timur iaitu Terengganu. Perlawanan ini dijadualkan pada hari Ahad 26 Februari 2017 di Stadium Negeri pada pukul 4.15 petang. Kemasukan adalah percuma.

Pasukan bimbingan lagenda Sarawak iaitu Safri Amit dan Ibrahim Mantali telah pun melakukan persiapan rapi dengan sesi latihan yang bermula sejak bulan Disember 2016 dan juga beberapa siri perlawanan persahabatan.

Dalam perlawanan persahabatan baru-baru ini, mereka berjaya menewaskan pasukan ‘abang’ iaitu pasukan Piala Presiden dengan jaringan 2-0. Peminat-peminat dan penyokong pasukan bolasepak Sarawak diseru untuk memberikan sokongan padu serta galakan kepada mereka kerana mereka inilah yang akan mewarnai senario bolasepak Sarawak di masa hadapan.

Buat pasukan Belia, selamat berjuang dan semoga berjaya kami ucapkan.

 

 

There is only you and your camera. The limitations in your photography are in yourself, for what we see is what we are.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *