Sarawak tewas di laman sendiri

KUCHING 18 Februari : Sarawak gagal mengambil kesempatan di laman sendiri apabila tumbang 0-1 kepada pasukan Melaka United. Sebaik bermula wisel separuh masa pertama, Sarawak mula menlancarkan asakan demi asakan untuk mencari gol sulung namun dikecewakan oleh pertahanan Melaka yang diketuai oleh Godwin Antwi. Dalam kelekaan Sarawak untuk mencari gol, Melaka mengambil kesempatan melalui satu serangan balas apabila menjaringkan gol menerusi pemain import mereka dari Korea iaitu Jeon Woo Young yang membuat sepakan deras hasil hantaran Ilija Spasojevic dan menewaskan Shahril Saa’ri di gawang Sarawak. Sarawak yang tidak mudah berputus asa terus mengasak gawang Melaka dan menguasai keseluruhan separuh masa pertama namun ketumpulan jentera tengah dan serangan terus mengecewakan mereka.
Bermula separuh masa kedua Sarawak terus melancarkan serangan ke kubu lawan manakala Melaka sekali sekala melancarkan serangan balas yang merbahaya namun keputusan kekal Sarawak tewas 0-1.

The Writer …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *