Main Baik Tapi Kalah

Jurulatih Sarawak, David Usop dalam satu temu ramah singkat selepas perlawanan menentang Melaka United malam semalam menyatakan yang pasukannya bermain dengan baik dan menguasai permainan namun gagal mencari gol seperti yang diharapkan.

Ditanya mengenai masalah utama yang menyebabkan kegagalan Sarawak mencari gol, beliau menyatakan yang pemainnya lebih banyak bermain hantaran sesama sendiri namun ketiadaan ‘killer pass’ ataupun seorang ‘general’  yang mampu membuat hantaran yang tepat kepada penyerang adalah salah satu faktor penyebab ketiadaan gol malam tadi.

Selain itu menurut David lagi, kegagalan penyerang menyempurnakan peluang yang terhidang juga merupakan salah satu faktor Sarawak gagal menembusi gol pihak lawan namun menjelaskan yang pemainnya telah mencuba sebaik mungkin dan cuma nasib yang tidak menyebelahi pasukannya.

 

 

There is only you and your camera. The limitations in your photography are in yourself, for what we see is what we are.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *