Dimana Silapnya ?

Di mana salah silap kita setakat ini? Baiklah, oleh kerana ramai yang tidak berpuas hati dengan prestasi pasukan setakat ini, pihak SSB ingin membuka laluan kepada anda untuk menyatakan ataupun memberi pendapat anda tentang di mana silapnya kita dan cara-cara yang boleh dilakukan untuk memperbaiki pasukan. Adakah silap berpunca dari :

i) Taktikal yang kurang berkesan?

ii) Pemain-pemain gagal menjalankan tanggungjawab dengan baik?

iii) Pemain import yang mempunyai prestasi yang biasa-biasa sahaja?

iv)Lain-lain?

Mungkin anda akan berpendapat “cakap pun sik guna bukan sidak dengar pendapat kita” tapi suka kami ingatkan, mereka sememangnya ada memerhatikan komen-komen anda dan anda bertanggungjawab terhadap komen anda sendiri. Nasihat kami, komen dan beri pendapat secara berhemah, jangan mencarut atau mencaci sehingga mendatangkan aib kepada orang lain. Tak salah untuk mengkritik tapi biar berdasarkan fakta!

Selamat Memberi Komen !!!

There is only you and your camera. The limitations in your photography are in yourself, for what we see is what we are.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *