Kemenangan Pembakar Semangat

Penolong jurulatih Kuching FA Mohd Shahrizan B Sahari dalam satu temubual bersama para wartawan dan SSB menyatakan rasa syukur dengan kemenangan pertama pada perlawanan pembukaan. Bermain di depan Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Abang Openg Tun Abang Openg, kemenangan ini sangat penting sebagai pembakar semangat dan moral para pemain.

Beliau juga menyatakan rasa puas hati dengan komitmen yang ditunjukkan oleh setiap pemain. Dalam masa yang sama mengakui para pemain kehilangan fokus dan keletihan di separuh masa kedua sehingga membolehkan lawan merapatkan jurang gol. Mohd Sahrizan berharap Kuching FA dapat mencuri sekurang-kurangnya satu mata meskipun bakal bertemu lawan yang cukup berpengalaman iaitu Sime Darby

The Writer …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *