Kami Bernasib Baik – Eric Williams

Jurulatih Melaka United, Eric Williams dalam sesi temuramah nya menjelaskan bahawa pasukannya bernasib baik untuk menang menentang Sarawak di gelanggang lawan. Baginya, kecemerlangan penjaga gol, Mohd Fazli Paat yang berjaya menyelamatkan dua hingga tiga percubaan merbahaya Sarawak telah menyelamatkan gawang mereka dari di bocori seterusnya mengekalkan keputusan sehingga ke wisel penamat.

Ditanya mengenai prestasi barisan hadapannya, beliau memuji penjaring gol tunggal iaitu Jeon Woo Young yang baginya bekerja keras dan mampu memanfaatkan peluang yang terhidang sebagai seorang ‘attacking midfielder’ namun agak kurang gembira dengan prestasi barisan hadapannya yang dilihat masih kurang berkesan namun percaya mereka akan menemui sentuhan jaringan pada perlawanan akan datang.

Baginya apa yang penting mereka berjaya membawa pulang tiga mata penuh ke Melaka kerana tahu sememangnya sukar untuk menewaskan Sarawak di tempat sendiri dengan sokongan padu penyokong mereka.

 

There is only you and your camera. The limitations in your photography are in yourself, for what we see is what we are.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *