FAS Dan SSN Perkasakan Hubungan

Presiden FAS Dato Posa Majais, pengurus pasukan Razali Dolhan dan beberapa orang jurulatih telah membuat lawatan ke Sekolah Sukan Tabuan Jaya baru-baru ini dan menyumbangkan 60 biji bola serta sumbangan peribadi sebanyak RM20,000 untuk pembangunan bolasepak di Sekolah Sukan serta peruntukan tambahan sebanyak RM20,000 untuk kebajikan pemain dan PIBG. Peruntukan akan ditambah jika ada pencapaian.

Dalam ucapan ringkasnya, Dato Posa berkata FAS akan membantu serta merapatkan peranan FAS dan SSN Sarawak. FAS juga akan membantu dalam memberi pemakanan tambahan buat pelajar serta akan mencari syarikat untuk menaja secara CSR untuk memperbaiki padang serta gelanggang futsal di sekolah berkenaan.

There is only you and your camera. The limitations in your photography are in yourself, for what we see is what we are.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *