‘Sentuhan Penyudah Tumpul’ – S Veloo

Jurulatih Piala Presiden Sarawak, S Veloo menyatakan yang penyudah ataupun ‘killer instinct’ pasukannya agak tumpul selepas melepaskan deretan peluang terutama pada separuh masa pertama saingan Piala Presiden menentang Felda Utd yang menyaksikan pasukan tuan rumah, Sarawak tewas 0-1.

Selain itu faktor ‘fitness’ yang agak kurang juga menjadi salah satu penyebab Sarawak hilang momentum di separuh masa kedua seterusnya melepaskan gol pada minit ke 70 namun Veloo yakin yang pasukannya mampu untuk meningkatkan kecergasan pasukan dengan ketibaan jurulatih kecergasan dari Kedah yang baru berkhidmat seminggu bersama pasukan.

Ujarnya lagi, beliau akan terus melatih pasukan dan barisan penyerangnya untuk melaksanakan peluang yang terhidang di depan pintu gol serta memperbaiki beberapa kelemahan lain yang telah dikenal pasti.

Ditanya mengenai tahap kecederaan pemainnya seperti Syazwan Busrah dan Abang Nur’afirman yang kelihatan seperti mengalami kecederaan dalam perlawanan tersebut, beliau berkata yang kecederaan mereka tidak membimbangkan dan yakin mereka boleh beraksi dalam perlawanan seterusnya menentang PDRM minggu hadapan di tempat lawan.

 

 

 

There is only you and your camera. The limitations in your photography are in yourself, for what we see is what we are.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *