Kuching FA Harus Mengambil Kira Keadaan Padang Sime Darby

Kuching FA telah memulakan adventure mereka sebagai pasukan terbaru Liga FAM dengan langkah kanan. Kemenangan 2-1 ke atas PBMS FC minggu lalu memberi suntikan semangat kepada pemain-pemain Kuching.

Namun begitu, perlawanan away pertama mereka melihat mereka mengunjung Sime Darby FC, pasukan pilihan promotion untuk kembali ke Liga Perdana.

Selain daripada pemain-pemain Sime Darby yang berpengalaman, antara cabaran yang perlu dihadapi Kuching FA adalah keadaan padang pihak tuan rumah.

Walaupun sebelum ini bermain di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, penyingkiran ke Liga FAM melihat mereka bermain di Padang Latihan Sime Darby FC, Bukit Jelutong.

Keadaan padang yang digunakan sebagai padang latihan harian pasukan Sime Darby FC serta cuaca yang tidak menentu di Kuala Lumpur akan menjadi ujian getir buat Kuching FA.

A football junkie…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *